Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bangunan rumah kedai terbakar, tiada mangsa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Bangunan rumah kedai terbakar, tiada mangsa dilaporkan

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Satu insiden kebakaran melibatkan tingkat empat sebuah bangunan rumah kedai berhampiran belakang stesen minyak Petronas MJC, Batu Kawah di sini berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada 3.48 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama 12 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

Komander operasi, PBK I (TBBK I) Awang Saifull Awang Nusi berkata, sebaik tiba di lokasi pada 3.58 pagi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan timbunan sampah dan kotak di tingkat empat bangunan berkenaan, selain turut membabitkan sebahagian struktur bumbung.

“Anggaran keluasan kebakaran adalah 14 x 20 kaki persegi dengan tahap kemusnahan sekitar 30 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas pasukan menggunakan satu aliran hos sepanjang 300 kaki dengan satu nozel dari pam jentera yang disambungkan kepada pili bomba,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

“Tindakan susulan termasuk kerja-kerja overhaul turut dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang tertinggal sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.01 pagi,” jelasnya dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua individu melecur, rumah pekerja terbakar
Next: Kereta terbakar 80 peratus, sepasang suami isteri selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.