Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Pusat Tahfiz terbakar, 20 pelajar 4 ustaz selamat
  • KEBAKARAN

Pusat Tahfiz terbakar, 20 pelajar 4 ustaz selamat

Utusan Sarawak 13 hours ago
KEBAKARAN…..Operasi pihak bomba memadamkan kebakaran sebuah Maahad Tahfiz Husnul Khotimah di Jalan Semerah Padi. Foto BBP Petra Jaya

PETRA JAYA: Seramai 24 mangsa terdiri daripada 20 pelajar dan empat ustaz selamat dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan tingkat satu bangunan Maahad Tahfiz Husnul Khotimah di Jalan Semerah Padi, petang tadi.

Menurut Komander Operasi PBK I Mohd Nizam Bujang, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas yang memusnahkan kira-kira 100 peratus struktur di tingkat satu bangunan dua tingkat berkenaan, namun tingkat bawah tidak terjejas.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku sekitar 5.47 petang dengan kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Operasi turut disertai BBP Padungan membabitkan kekuatan 19 anggota bersama dua jentera FRT dan dua Hilux, PKPgB Azaharul Sahari selaku Pegawai Penyiasat Zon 1 hadir di lokasi bagi pemantauan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

KEBAKARAN…..Keadaan Maahad Tahfiz Husnul Khotimah di Jalan Semerah Padi yang terlibat dengan kebakaran. Foto BBP Petra Jaya

Tambah beliau, pasukan bomba menjalankan pemadaman secara ofensif dan defensif menggunakan satu aliran salur bantu mula serta hose hantaran sepanjang 300 kaki dengan dua nozel, disokong sumber air daripada jentera dan pili bomba berhampiran.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.46 petang selepas keadaan didapati benar-benar selamat. 

“Turut membantu di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syarikat SESCO Berhad (SESCO), Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS),” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 3 Maut, 150 diselamatkan selepas kapal penumpang terbakar di Indonesia
Next: Kedai serbaneka musnah 30 peratus dalam kebakaran di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.