Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bangunan arkib Sarawak simpan dokumen bersejarah
  • SEMASA

Bangunan arkib Sarawak simpan dokumen bersejarah

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg lawatan tapak projek pembinaan bangunan arkib di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak bakal memiliki bangunan arkib moden yang dilengkapi sistem kawalan kelembapan dan suhu bagi menyimpan dokumen serta artifak bersejarah penting termasuk salinan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dokumen kolonial sebelum pembentukan Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek pembinaan bangunan arkib tersebut diputuskan dua tahun lalu sebagai langkah strategik untuk memastikan semua dokumen penting disimpan dalam keadaan optimum dan selamat.

“Bangunan ini akan menjadi pusat simpanan dokumen bersejarah, buku dan perjanjian penting.

“Kita juga sedang bekerjasama dengan pihak Muzium London untuk mendapatkan salinan sah dokumen yang tiada dalam simpanan kita.

“Jika tiada yang asal, kita akan menyimpan salinan diperakui sah oleh pihak berkuasa British,” jelasnya selepas mengadakan lawatan tapak projek itu di sini, hari ini.

Tambah beliau, antara bahan penting yang akan dibawa pulang termasuk dokumen berkaitan Wallace dan peranan pembantunya, Ali dalam pengumpulan spesimen untuk teori evolusi Darwin, selain naskhah ‘Sarawak Law’ dan artifak unik seperti ‘Simunjan Butterfly’.

Menurt beliau, bangunan arkib itu dibina mengikut spesifikasi canggih setaraf kemudahan arkib moden di Malaysia.

“Walaupun tidak diklasifikasikan sepenuhnya sebagai bangunan hijau akibat perubahan spesifikasi semasa pandemik COVID-19, ia tetap mengaplikasikan ciri mesra alam seperti sistem tadahan air hujan dan kaedah pengurangan suhu persekitaran,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari memaklumkan pejabat beliau yang berpindah ke Kompleks Sateria Pertiwi itu turut menempatkan sekretariat kabinet dan untuk mengadakan mesyuarat kabinet negeri.

Pada majlis sama, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian di antara Knowledge Research Group (KRG) dan Universiti Teknologi Sarawak serta Pertukaran Perjanjian di antara Pustaka dan UCTS Consultancy Services Sdn Bhd (UCSSB).

Selain itu, turut diadakan ialah Penyerahan 12 Kit Latihan Librarian in Every Home sebagai simbolik pra pelancaran 50 Pusat Komuniti Digital (DCC).

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi Lembaga Pengurusan, Pustaka Negeri Sarawak Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Dr. Cassidy Morris serta tetamu jemputan lain. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Budaya urus kewangan berhemah diperkasa demi pembangunan mampan Sarawak
Next: Timbalan Premier Sarawak terima kunjungan hormat Duta Besar Denmark

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.