Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bangladesh berharap penuhi kehendak Sarawak
  • BISNES

Bangladesh berharap penuhi kehendak Sarawak

Utusan Sarawak 4 years ago
CENDERAMATA… Mohammad Korshed menerangkan cenderamata yang diberikan kepada Datuk Amar Douglas Uggah, sementara Fared Ahmad (kiri) dan Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki (kanan) turut memerhati ketika kunjungan hormatnya kepada Datuk Amar Douglas Uggah di pejabat Wisma Bapa Malaysia, semalam.

KUCHING: Bangladesh berharap untuk memenuhi keperluan Sarawak untuk pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya sektor perladangan.

Timbalan Pesuruhjaya Tingginya, Mohammad Khorshed A Khastagir berkata, bagaimanapun ia perlu dilakukan atas dasar kerajaan kepada kerajaan.

Menurutnya, Bangladesh bersedia untuk mematuhi kriteria terkini Malaysia untuk menerima pekerja asing di mana mereka mesti telah melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bersedia untuk menampung penghantaran pekerja.

“Sebagai permulaan, kami boleh menghantar kira-kira 3,000 pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah di pejabat Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Mohammad Khorshed menambah Bangladesh dan Sarawak juga mempunyai banyak perkara untuk dikongsi dalam sektor pertanian.

Sementara itu, Datuk Amar Douglas Ugah dalam ucapannya berkata, Sarawak memerlukan ramai pekerja khususnya dalam sektor kelapa sawit.

“Kami pastinya mengalu-alukan lebih ramai pekerja untuk membantu terutamanya pada musim penuaian.

“Pandemik Covid-19 ini telah membawa banyak cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini kepada kita termasuk kekurangan pekerja.

“Atas tawaran pekerja, saya akan bawa perkara ini kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya.

Uggah berkata, Sarawak juga mengalu-alukan pelabur dalam pembiakan ternakan dan pertanian ketepatan moden dalam usahanya menjadi pengeksport makanan bersih dan produk makanan menjelang 2030.

“Kita juga berminat dalam sektor perladangan padi dan pembinaan kapal antara lain.” Katanya.

Turut hadir, Setiausaha Pertama Kedutaan Bangladesh Fared Ahmed dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: MEDAC sasar wujudkan 18,000 peluang pekerjaan menjelang 2025
Next: Bayar hutang matang dengan hutang baharu membimbangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.