Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bangkai kapal tidak stabil sebab ombak besar, operasi menyelam ditangguh
  • KEMALANGAN

Bangkai kapal tidak stabil sebab ombak besar, operasi menyelam ditangguh

Utusan Sarawak 3 months ago

Pasukan penyelam dan penjejak lokasi Bomba dan Penyelamat Labuan kelihatan berehat di Inap Desa Kampung Awat-Awat sebelum meneruskan operasi pencarian seorang mangsa kapal karam.  

LAWAS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kapal kargo karam di laut Awat-Awat terpaksa ditangguh untuk hari kedua berikutan cuaca yang tidak mengizinkan. 

Pegawai Kanan Bomba Zon 7, Azman Ibrahim berkata pencarian atas permukaan air diteruskan sebelum pasukan penyelam diarah untuk naik ke darat berikutan faktor cuaca. 

“Arus kuat dan laut bergelora telah menyebabkan bangkai kapal tidak stabil dan membahayakan pasukan penyelam Bomba dan Penyelamat Labuan dan APMM Labuan,” katanya ringkas ketika ditemui petang tadi.

Pasukan penyelam Bomba dan Penyelamat Labuan kini ditempatkan sementara di kediaman inap desa di Kampung Awat-Awat bagi memudahkan pergerakan ke lokasi kapal karam. 

Awat-Awat terletak 40km dari bandar Lawas dan memakan masa hampir satu jam perjalanan darat dan tidak sesuai untuk pasukan pencari daripada Labuan untuk tinggal sementara.

Kapal kargo itu dilaporkan karam kira-kira 1.8 batu nautika dari Tanjung Perapat, Lawas, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, enam kru berjaya menyelamatkan diri menggunakan ‘lifecraft’ atau rakit penyelamat ke Kampung Awat-Awat dan dibawa ke APMM Labuan.

Bagaimanapun, juragan dikenali sebagai Zauyik Anang Fatmanto, 42, iaitu juragan kapal SALIM 6, masih hilang.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Mangsa terakhir ditemukan
Next: Mayat warga emas tertimbus berjaya dikeluarkan petang tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.