Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bandar Sunway jadikan model bangunkan Batu Kawa – Abang Johari
  • TEMPATAN

Bandar Sunway jadikan model bangunkan Batu Kawa – Abang Johari

Utusan Sarawak 7 months ago

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meletakan plak simbolik perasmian Dewan Serbaguna Kuari Ang Cheng Ho, di Batu Kawa hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Bandar Sunway, di Selangor akan dijadikan model untuk membangun Batu Kawa, di sini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia akan mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan tersebut sebelum ini, seperti juga Sunway, yang dahulunya merupakan bekas tapak lombong timah.

Katanya, selain bandar Sunway, Batu Kawa juga akan mencontohi kaedah pengurusan air sebuah bandar di Singapura iaitu Ang Mo Kio. 

“Kita perlu siap siaga dari segi pembangunan infrastruktur yang boleh menguruskan air. Air perlu diuruskan dengan betul. 

“Jadi kami (kerajaan Sarawak) melihat kawasan ini boleh dibangunkan sama seperti mereka (Selangor) membangunkan bandar Sunway. Sunway dahulu juga bekas tapak perlombongan (kuari), dan kini menjadi bandar yang sangat berjaya. 

“Bercakap mengenai kawasan kering (dry area), ini membolehkan kita mengumpul air (di kawasan yang telah dikeringkan), kaedah ini sama dengan satu kawasan di Singapura iaitu Ang Mo Kio. 

“Singapura dahulu sama seperti Batu Kawa (sering dilanda banjir), tetapi kini sudah pulih,”katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Dewan Serbaguna Kuari Ang Cheng Ho, di sini, hari ini. 

Menjelas lanjut mengenai dry area, katanya, kawasan tersebut boleh dijadikan kawasan rekreasi di luar musim hujan, manakala ia akan menjadi kolam takungan air semasa musim hujan. 

“Pada bukan musim hujan, ia menjadi satu tapak rekreasi, pada musim hujan pula, air akan semua menuju ke kawasan ini. Inilah cara Singapura,” jelasnya. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: TYT rasmi Masjid al-Haj Kampung Jerijih, Jumaat ini
Next: Perluaskan ART ke Batu Kawa – Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.