Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ‘Bandar Sahabat’ Merapok, Sindumin dihidupkan semula
  • Utara
  • WILAYAH

‘Bandar Sahabat’ Merapok, Sindumin dihidupkan semula

Utusan Sarawak 2 months ago

KERJASAMA ERAT… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan cenderamata kepada Dr Yusuf Jacob bagi kerajaan Sabah yang turut hadir ke Lawas, malam tadi.

LAWAS: Pembangunan ‘Bandar Sahabat’ di kawasan sempadan antara Merapok di Sarawak dan Sindumin di Sabah akan dihidupkan semula dengan pendekatan baharu.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perancangan yang dilaksanakan oleh pemimpin terdahulu akan diteruskan dengan pendekatan baharu secara lebih menyeluruh.

Katanya, pendekatan itu akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi, modal insan dan segala aspek kehidupan masyarakat di kedua-dua wilayah berjiran terbabit pada masa akan datang.

“Memang ini telah dirancang oleh kepimpinan terdahulu untuk diwujudkan bandar sahabat yang merangkumi kawasan sempadan Sindumin dan Merapok.

“Ada yang sudah terhasil daripada perancangan itu sebagai contoh Masjid Sahabat ini. Masjid ini terletak sebahagiannya berada di Sabah manakala sebahagian lagi di  Sarawak.

“Sindumin ini ada hospitalnya tetapi di Merapok cuma ada klinik. Kita nak melengkapi antara satu sama lain tapi perancangan itu tidak terlaksana sepenuhnya.

“Disebabkan itu kita mempunyai pelan induk pembangunan di Merapok dan di kawasan Sindumin pun saya yakin mereka ada perancangannya sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Sahabat pada Majlis Iftar Perdana Borneo, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusuf Yacob dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Ajib Ismail.

Awang Tengah berkata, kawasan berkenaan bakal dijadikan sebagai pintu masuk utama untuk perhubungan yang turut menjadi penggerak pembangunan ekonomi di Utara Sarawak.

“Sekarang ini, Sipitang akan dibangunkan menjadi hab sektor petroleum dan gas Sabah manakala di Lawas turut mempunyai pelan pembangunan induk yang melibatkan sektor petro kimia dan pemprosesan minyak dan gas oleh pelabur sedia untuk melaksanakan projek tersebut.

“Selain itu perhubungan dua hala antara kepimpinan peringkat jabatan kerajaan khususnya Pejabat Daerah Lawas dan Sipitang perlu diaktifkan.

“Ini penting dalam menyelesaikan berbagai isu yang melibatkan kawasan sempadan di kedua wilayah berjiran’, ujar beliau.

Awang Tengah juga menjelaskan bahawa beliau telah bertemu dengan pihak Jabatan Imigresen Sabah dan Sarawak untuk menangani isu kesesakan sempadan menjelang setiap musim perayaan.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Taman Pertanian Bebuling hab pertanian moden
Next: Mohon panjangkan masa operasi sempadan Sarawak-Brunei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.