Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bandar Limbang dilanda banjir kilat 
  • Utara
  • WILAYAH

Bandar Limbang dilanda banjir kilat 

Utusan Sarawak 6 hours ago

DILANDA BANJIR...kelihatan kenderaan pacuan empat roda tersadai selepas gagal mengharungi jalan raya memasuki bandar Limbang.  

LAWAS: Bandar Limbang di utara Sarawak ditengelami banjir kilat selepas hujan berterusan sejak petang semalam hingga awal pagi ini.

Beberapa perkongsian daripada penduduk di bandar Limbang jelas menunjukkan limpahan air sungai Limbang telah menengalami kawasan bandar sedalam setengah hingga satu meter. 

Turut terjejas ialah beberapa premis perniagaan dan lokasi tapak Bazar Ramadan yang turut dilimpahi air susulan banjir kilat tersebut. 

Sementara itu suasana lembab turut dialami Daerah Lawas apabila hujan turun sejak tengah malam tadi hingga awal pagi ini.

Bagaimanapun, air di Sungai Lawas masih berada pada paras berjaga-jaga, tetapi kawasan pekan Sundar yang terletak di bawah paras laut dijangka terkesan dengan hujan renyai yang berterusan ke hari ini. 

Oleh Adeng Idris

Continue Reading

Previous: RM71,000 disalur kepada masjid, surau di DUN Kabong sempena Ramadan
Next: Sarawak antara negeri catat skor perpaduan tertinggi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.