Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bandar di Sarawak perlu tanam lebih banyak pokok – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Bandar di Sarawak perlu tanam lebih banyak pokok – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
POKOK… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidangan Antarabangsa Asia Rendah Karbon ke-11 (ICLCA) di Hikmah Exchange Event Centre, hari ini. Foto Bernama

mengurangkan jumlah karbon dioksida di kawasan berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha itu seharusnya menjadi sebahagian daripada perancangan bandar, khususnya dalam mewujudkan persekitaran bandar yang lebih hijau dan mampan.

Beliau berkata Sarawak dianggap bertuah kerana kaya dengan sumber hutan semula jadi berbanding banyak tempat di dunia yang terpaksa mengimport pokok untuk landskap bandar mereka.

“Di tempat lain mereka mengimport pokok, tetapi kita mempunyai banyak pokok di hutan yang boleh ditanam semula di bandar-bandar kita. Apabila bandar kita menjadi lebih hijau, pokok ini membantu menyerap karbon melalui fotosintesis sekali gus membekalkan kita udara segar.

“Dalam erti kata lain, bandar perlu dirancang dengan cara ia boleh mengekalkan keseimbangan antara pelepasan karbon dan penghasilan oksigen,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa ke-11 mengenai Asia Rendah Karbon (ICLCA) di sini hari ini.

Abang Johari berkata perancangan bandar juga perlu memberi keutamaan kepada kemudahan rekreasi hijau dan sistem saliran yang berkesan. 

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PERHEBAT sasar kerjasama lebih luas dengan industri strategik Sarawak
Next: Remaja dilaporkan hilang di Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.