Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banda Aceh dilanda gempa magnitud 5.4, waspada gegaran susulan
  • GLOBAL

Banda Aceh dilanda gempa magnitud 5.4, waspada gegaran susulan

Utusan Sarawak 1 month ago
ORANG ramai digesa waspada gegara susulan selepas gempa bermagnitud 5.4 yang melanda Banda Aceh, ibu negeri Wilayah Aceh pagi tadi.

JAKARTA: Pihak berkuasa menggesa kerajaan tempatan dan orang ramai agar berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan selepas gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda Banda Aceh, ibu negeri Wilayah Aceh, pada pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia menyeru penduduk supaya sentiasa mendapatkan maklumat terkini serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan berkaitan langkah kecemasan.

Dalam satu kenyataan, agensi itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan berlaku aktiviti seismik susulan dan menasihatkan orang ramai agar bersedia menghadapi gegaran tambahan pada bila-bila masa.

“Sekiranya berlaku gempa bumi, kekal tenang dan elakkan panik. Berlindung di bawah meja yang kukuh, jauhkan diri daripada bahan kaca dan segera keluar ke kawasan lapang sebaik gegaran berhenti,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

Gempa bumi itu berlaku pada 9.58 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa di darat, pada kedalaman 10 kilometer.

Walaupun tiada ancaman tsunami dilaporkan, gegaran selama dua hingga tiga saat itu menyebabkan bangunan berayun dan tingkap bergegar, katanya.

Laporan awal menunjukkan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan besar akibat gempa bumi itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 7.3 skala richter landa kepulauan Tonga 
Next: 33 maut, Gaza bermandikan darah menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.