Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • BAM sahkan Pei Kee hantar surat letak jawatan
  • SUKAN

BAM sahkan Pei Kee hantar surat letak jawatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
BAM terima surat letak jawatan Goh Pei Kee, tunggu pertemuan bersama Lee Chong Wei sebelum buat keputusan.

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan sudah menerima surat peletakan lawatan pemain beregu wanita negara, Goh Pei Kee baru-baru ini. 

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata bagaimanapun pihaknya masih belum memberi keputusan sama ada menerima atau menolak surat yang dihantar pemain itu.

“Kita belum buat sebarang keputusan rasmi berhubung peletakan jawatan Pei Kee. Saya difahamkan Datuk Seri Lee Chong Wei nak jumpa pemain itu selepas ini.

“Jadi kita akan tunggu perjumpaan itu dulu sebelum buat apa-apa keputusan berhubung perkara berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan negara hari ini.

Sebelum ini Pei Kee mengejutkan ramai pihak apabila menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan pasangannya, Teoh Mei Xing dan keluar daripada BAM.

Sepanjang bergandingan, pasangan berkenaan pernah mencapai ranking terbaik dunia di kedudukan ke-18 selain muncul juara Malaysia Super 100 pada 2024. – Bernama

Continue Reading

Previous: Rentak Arsenal dalam perebutan kejuaraan tergugat
Next: Sarawak peruntuk RM350 juta, sedia jadi tuan rumah Sukan SEA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.