Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Balik Krismas, elak umum perjalanan di media sosial tinggalkan rumah kosong
  • SEMASA

Balik Krismas, elak umum perjalanan di media sosial tinggalkan rumah kosong

Utusan Sarawak 5 months ago

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali 

BINTULU: Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan balik kampung dengan teliti dan memastikan keselamatan kediaman sepanjang musim perayaan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, langkah keselamatan seperti itu penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Pastikan semua pintu dan tingkap terkunci, guna sistem pengawasan atau alarm jika ada, dan programkan lampu supaya menyala secara automatik.

“Elakkan mengumumkan perjalanan di media sosial dan minta jiran untuk memantau rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Nixon turut mengingatkan orang ramai supaya memeriksa kenderaan secara menyeluruh, termasuk tayar, enjin, dan brek, bagi mengelakkan kerosakan semasa perjalanan.

“Pemandu juga dinasihatkan untuk berehat jika mengantuk dan mematuhi peraturan jalan raya.

“Bagi yang ingin meninggalkan rumah, borang pendaftaran balik kampung boleh diisi secara dalam talian melalui Aplikasi VSP atau di balai polis untuk memudahkan rondaan berkala oleh pihak polis,” katanya.

Continue Reading

Previous: Unimas diiktiraf rakan strategik e-Usahawan Hab 
Next: Perutusan: Elak bersikap ektrem bila lontar pendapat di sosial media, boleh undang ancaman, hasutan – TYT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.