Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Balai Polis Engkilili perkasa hubungan komuniti melalui Program ‘Talk To Us’
  • Selatan
  • WILAYAH

Balai Polis Engkilili perkasa hubungan komuniti melalui Program ‘Talk To Us’

Utusan Sarawak 9 hours ago
PROGRAM ‘Talk To Us’ yang berlangsung di Pasar Engkilili, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

ENGKILILI: Balai Polis Engkilili terus memperkukuh hubungan bersama masyarakat apabila melaksanakan Program ‘Talk To Us’ yang berlangsung di Pasar Engkilili, semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu berkata, program tersebut merupakan salah satu inisiatif berterusan pihak polis dalam mendekati masyarakat serta meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan.

Program berkenaan melibatkan penyertaan empat pegawai dan anggota dari Balai Polis Engkilili yang diketuai oleh Sarjan Riki Nyambai bersama anggota lain.

PROGRAM ‘Talk To Us’ yang berlangsung di Pasar Engkilili, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

Pelaksanaan program ini bertujuan menjadi medium interaksi dua hala antara pihak polis dan komuniti setempat dalam menyampaikan maklumat serta mendapatkan maklum balas berkaitan isu keselamatan di kawasan mereka.

Dalam sesi tersebut, pihak polis turut memberi penerangan mengenai kewujudan National Scam Response Centre (NSRC) termasuk talian hotline 997 bagi membantu orang ramai membuat laporan berkaitan penipuan kewangan.

Selain itu, orang awam juga digalakkan untuk memanfaatkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai salah satu platform bagi menyalurkan maklumat jenayah secara terus kepada pihak berkuasa.

PROGRAM ‘Talk To Us’ yang berlangsung di Pasar Engkilili, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

Program itu turut memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai trend semasa jenayah seperti jenayah komersil, jenayah seksual serta penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah seperti kecurian dan penyeluk saku, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran komuniti yang lebih selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ​Pembangunan DUN Kalaka, Krian diperkasa menerusi pemantauan rapi DAC Saratok
Next: APM Betong perkasa kesiapsiagaan anggota melalui latihan bersepadu komprehensif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.