Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Balai Polis Beladin baharu dirasmikan hari ini
  • SEMASA

Balai Polis Beladin baharu dirasmikan hari ini

Utusan Sarawak 1 day ago
PERASMIAN Balai Polis Beladin hari ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) PDRM, CP Gilberd Philip Layang. Foto IPD Betong

BELADIN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasakan infrastruktur keselamatan di kawasan luar bandar menerusi perasmian Balai Polis Beladin hari ini, sekali gus meningkatkan kehadiran serta kecekapan perkhidmatan kepolisan di Daerah Betong.

Balai polis baharu itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) PDRM, CP Gilberd Philip Layang, yang menyifatkan pembinaannya sebagai langkah strategik untuk merapatkan jurang perkhidmatan keselamatan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Menurut beliau, pengoperasian Balai Polis Beladin akan membolehkan tindak balas yang lebih pantas terhadap sebarang insiden keselamatan, selain memastikan kehadiran polis lebih dekat dan dirasai oleh masyarakat setempat.

PERASMIAN Balai Polis Beladin hari ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) PDRM, CP Gilberd Philip Layang. Foto IPD Betong

“Pembinaan balai ini membuktikan usaha berterusan PDRM dalam memastikan keperluan keselamatan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, sentiasa diberi keutamaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian.

Majlis penuh istiadat itu turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Dato Razaili Gapor; barisan kepimpinan kanan PDRM serta ketua-ketua polis daerah.

Acara dimulakan dengan kawalan kehormatan dan pemeriksaan barisan sebelum diteruskan dengan gimik perasmian, pemotongan reben serta penandatanganan plak sebagai simbolik pembukaan rasmi Balai Polis Beladin.

PERASMIAN Balai Polis Beladin hari ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) PDRM, CP Gilberd Philip Layang. Foto IPD Betong

Menariknya, majlis tersebut turut diserikan dengan aktiviti penanaman pokok dan pelepasan anak ikan sebagai simbol komitmen PDRM terhadap kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat.

Kehadiran kira-kira 411 jemputan, perasmian Balai Polis Beladin dijangka memberi impak positif kepada penduduk setempat.

Ia juga khususnya dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kepolisan, memperkukuh pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anwar terima kunjungan hormat Mesut Ozil, anak Presiden Erdogan di Istanbul
Next: Nur Alina dilantik Setiausaha Tetap KPWK, ganti Datu Felicia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.