Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bakat antarabangsa Sarawak terus menyerlah, industri kreatif diperkasa
  • TEMPATAN

Bakat antarabangsa Sarawak terus menyerlah, industri kreatif diperkasa

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan (dua kanan) menyempurnakan pelancaran single pertama Aleysha Shareef Van Der Host (dua kiri), berjudul Shine Like Us pada majlis yang berlangsung di Star on Stage, di Kuching hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Sarawak tidak ketandusan bakat bertaraf antarabangsa, sebaliknya memerlukan sokongan berterusan, platform yang sesuai serta bimbingan rapi bagi memastikan bakat muda negeri ini mampu menyerlah di persada dunia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata kejayaan bakat muda seperti Aleysha Shareef Van Der Host membuktikan potensi besar anak Sarawak untuk menembusi industri kreatif yang lebih luas sekiranya diberi peluang dan sokongan sewajarnya.

“Kita mempunyai ramai anak muda berbakat di Sarawak. Apa yang penting ialah bagaimana bakat ini dibimbing, diperkasakan dan diberi ruang untuk berkembang.

“Kementerian bukan sahaja menyediakan platform, malah turut membantu dari segi sokongan dan pembangunan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran single pertama Aleysha berjudul Shine Like Us yang berlangsung di Star on Stage, di sini, hari ini.

 TIMBALAN Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berucap pada majlis pelancaran single pertama Aleysha Shareef Van Der Host berjudul Shine Like Us di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

Menurut Snowdan, kementerian sentiasa komited menyediakan platform, bimbingan serta sokongan berterusan kepada bakat muda Sarawak, khususnya pada peringkat awal kerjaya, bagi memastikan pembangunan bakat dapat dilaksanakan secara mampan dan terarah.

Beliau berkata lagu Shine Like Us yang dilancarkan hari ini memperlihatkan kualiti serta potensi Aleysha sebagai antara bakat muda yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, sekali gus mengharumkan nama Sarawak.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan Aleysha agar terus menghasilkan karya berkualiti, relevan dengan trend semasa serta merancang langkah seterusnya dengan baik agar kejayaan yang dicapai tidak terhenti setakat pelancaran single pertama.

“Disiplin, dedikasi dan pengurusan yang baik amat penting dalam dunia seni. Perjalanan sebagai seorang artis bukanlah mudah dan penuh cabaran, justeru aspek ini perlu diberi perhatian bagi memastikan kelangsungan kerjaya dalam jangka panjang,” katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan negeri melalui kementerian akan terus berusaha mencungkil dan membimbing bakat muda yang berpotensi tetapi kurang peluang agar mereka dapat bersinar bukan sahaja di peringkat nasional, malah antarabangsa.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Laman web baharu, Foresight AI dan e-basikal perkukuh komitmen hijau SFC
Next: Bahagian Penguatkuasa JTS dijenamakan semula sebagai Cawangan Penguatkuasa dan Mineral

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.