Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bajet 2026 perkasa sukan di DUN Kalaka, fasiliti baharu dalam perancangan 
  • Tengah
  • WILAYAH

Bajet 2026 perkasa sukan di DUN Kalaka, fasiliti baharu dalam perancangan 

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri merasmikan Pertandingan Petanque Double Terbuka Piala YB Mohamad Duri di Arena Petanque Saratok, kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus komited memperkasa pembangunan sukan melalui penyediaan fasiliti baharu menerusi peruntukan Bajet 2026.

Beliau berkata, antara perancangan yang bakal dilaksanakan termasuk pembinaan kemudahan sukan moden seperti Dewan Badminton dan Pickleball, selain usaha menambah bilangan padang bagi sukan Petanque di kawasan Saratok.

“Dengan peruntukan daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui Bajet 2026, banyak fasiliti sukan dapat dibina baharu.

“Saya juga akan membantu menambah padang untuk sukan Petanque,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Petanque Double Terbuka Piala YB Mohamad Duri anjuran Kelab Boule Saratok di Arena Petanque Saratok, dekat sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Mohamad Duri turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada semua yang hadir serta mendoakan agar tahun baharu ini membawa lebih banyak kejayaan dalam usaha membangunkan Sarawak.

“Semoga tahun ini memberi kejayaan kepada kita semua dan Sarawak terus meningkat maju serta bertambah makmur,” ujarnya.

MOHAMAD Duri berucap pada majlis perasmian Pertandingan Petanque Double Terbuka Piala YB Mohamad Duri yang menghimpunkan 53 pasukan dari seluruh Sarawak. Foto: ADUN Kalaka

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu berjaya menarik penyertaan 53 pasukan dari seluruh Sarawak, sekali gus membuktikan sambutan yang amat menggalakkan terhadap sukan Petanque di negeri ini.

Pertandingan sempena sambutan tahun baharu 2026 itu turut menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang sebagai galakan dan motivasi kepada atlet tempatan.

Pasukan johan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat, manakala naib johan menerima RM700 dan pingat. Tempat ketiga menerima RM400 berserta pingat dan tempat keempat RM300 berserta pingat.

Bagi tempat kelima hingga kelapan pula, setiap pasukan menerima wang tunai RM100 berserta pingat sebagai penghargaan atas penyertaan.

Mohamad Duri turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kelab Boule Saratok serta semua ahli jawatankuasa yang terlibat atas kejayaan menganjurkan Pertandingan Petanque Double Terbuka Piala YB Mohamad Duri dengan lancar dan berkesan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Paras air sungai masih bawah normal, namun air pasang besar tingkat risiko banjir
Next: Main layang-layang di jalan raya undang bahaya kepada pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.