Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bajet 2023: Tumpukan kepada golongan petani
  • TEMPATAN

Bajet 2023: Tumpukan kepada golongan petani

Utusan Sarawak 3 years ago

TERIMALAH… Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom menerima cenderamata daripada Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail semasa majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak ke-37 di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom berharap pembentangan  Bajet 2023 akan memberi kegembiraan kepada golongan petani di Sarawak.

Ini kerana, katanya, rakyat Sarawak juga sangat memerlukan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam mencapai status negeri maju menjelang 2030 nanti.

“Saya harap Bajet 2023 akan memberi khabar gembira terutamanya golongan berpendapatan rendah yang hidup dalam keadaan kurang bernasib baik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) ke-37 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Dalam pada itu, Rundi memberitahu banyak yang telah kerajaan Sarawak rancang khususnya untuk menjadikan negeri ini pengeksport makanan pada masa datang.

“Jadi, sekarang saya rasakan bahawa banyak yang masih kita perlu lakukan.  Malah, semua agensi kerajaan termasuk Sarawak dan Persekutuan perlu meningkatkan kehidupan masyarakat petani di negeri ini.  

“Ini adalah disebabkan, kita masih memerlukan banyak barangan import lebih-lebih lagi  beras hanya cukup pada kadar 38 peratus manakala 62 peratus adalah import,” ujarnya.

Jelasnya, kedua-dua kerajaan mesti menyeimbangkan perancangan untuk  melihat bahawa sekuriti makanan sangat terjamin untuk masa hadapan.

 Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan beliau menunggu nasihat Peguam Negara sekiranya perundangan dan perlembagaan membenarkannya untuk membentangkan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan.

Bagaimanapun jelas Ismail, ketika ini masih ditetapkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membentangkan Bajet 2023 itu.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: IPD Sri Aman anjur Program ‘Talk To Us’
Next: Pasaran meluas tingkatkan statistik eksport lada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.