Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Baja, racun perosak disenarai Mekanisme Kawalan Harga
  • TEMPATAN

Baja, racun perosak disenarai Mekanisme Kawalan Harga

Utusan Sarawak 5 years ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas merakam kenangan bersama Datuk Alexander Nanta Linggi selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching, semalam.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus meletakkan barangan keperluan pertanian seperti baja, racun perosak dan lain-lain di bawah  Mekanisme Kawalan Harga.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, mekanisme ini akan menjadikan barangan tersebut lebih berpatutan sekali gus dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh golongan petani yang tinggal di kawasan pedalaman negeri ini.

“Pada masa ini, ketika input seperti itu sampai ke pedalaman harganya lebih mahal kerana kos pengangkutan.

“Jadi, jika mereka berada di bawah Mekanisme Kawalan Harga, petani kita dapat menikmati harga yang sama seperti di kawasan bandar,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANDRED) memberi cadangan tersebut kepada Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nanta Linggi ketika menerima kunjungan hormat Nanta dan rombonganya bertempat di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Uggah turut menyarankan agar pengangkutan yang dilakukan oleh kementerian dalam menghantar barangan pengguna ke pedalaman turut membantu dalam memberikan bantuan kepada petani di sana mengangkut hasil tani mereka ke bandar.

“Adalah lebih baik jika mereka dapat membantu dalam perkara ini kerana kebiasaannya semua lori akan kosong semasa perjalanan pulang, dengan ini, ia akan dapat membantu petani menjimatkan los pengangkutan.

“Saya akan membuat permohonan bertulis secara rasmi untuk kerjasama ini kepada KPDNHEP,” ujarnya.

Dalam perkembangan berlainan, Uggah berkata kementeriannya sedang dalam proses memodenkan sektor pertanian negeri.

“Sarawak kaya dengan tanah tetapi petani kita hanya terlibat dalam pertanian sara diri selama ini, dan kita ingin mengubahnya.

“Kita akan memasuki pertanian komersial moden di mana ia akan dapat meningkatkan produktiviti dengan banyak.

“Selain itu, kita mempunyai perancangan strategik untuk ini termasuk memenuhi standard keselamatan makanan international sehingga kita dapat mengeksport ke pasar antarabangsa,” jelasnya.

Tambahnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menugaskan kementeriannya untuk menerajui transformasi pemodenan pertanian negeri dengan membayangkan Sarawak menjadi pengeksport makanan dan produk makanan menjelang 2030.

Bercakap mengenai program KPDNEHP yang akan datang untuk mempromosikan produk tempatan dan meningkatkan penggunaan tempatan, Uggah menyatakan ini sangat baik untuk negeri serta mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Negeri Datuk Stanley Ho yang turut hadir atas usahanya memastikan negeri mempunyai bekalan barang keperluan yang mencukupi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Sementara itu, Uggah dalam ucapannya menyatakan kementeriannya bersedia untuk bekerjasama dengan MANRED dalam mempromosikan produk tempatan dan dalam hal-hal lain yang berkaitan.

Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit turut menyatakan pihaknya telah bersetuju untuk penubuhan pejabat cawangan di Betong dan Serian untuk membantu memantau harga barang-barang keperluan dan terutama sebelum perayaan besar.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Dato Roslan Mahayudin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Lidam Assan dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr.Richard Rapu.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Program pertama SIA kini dibuka
Next: Peruntukan Kerajaan Pusat percepat pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.