Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Baitulmal Sarawak kekal berperanan di peringkat negeri – Abang Johari
  • SEMASA

Baitulmal Sarawak kekal berperanan di peringkat negeri – Abang Johari

Utusan Sarawak 19 hours ago
JELASKAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg letika ditemui pemberita pada Mesyuarat Tahunan ke-14 World Zakat and Waqf Forum (WZWF) dan Persidangan Antarabangsa 2025 di Pusat Acara Hikmah Exchange, di Kuching, hari ini. 


KUCHING: Sarawak tidak berhasrat untuk mengantarabangsakan Tabung Baitulmal Sarawak memandangkan institusi itu memainkan peranan penting dalam memperkukuh kekuatan ekonomi masyarakat Islam di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Beliau berkata, fungsi utama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ialah mengurus serta mengkoordinasikan dana zakat dan wakaf bagi memastikan manfaatnya disalurkan secara berkesan kepada umat Islam.

“Kita tidak mengantarabangsakan Baitulmal kerana Baitulmal adalah institusi kita di Sarawak yang berperanan untuk mengkoordinasikan kekuatan ekonomi masyarakat Islam.

“Apa yang Baitulmal buat ialah kisah kejayaan dalam memperkasakan ekonomi ummah melalui pendekatan strategik zakat dan wakaf,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Tahunan ke-14 World Zakat and Waqf Forum (WZWF) dan Persidangan Antarabangsa 2025 di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kejayaan TBS dalam memperkasakan ekonomi masyarakat Islam wajar dikongsi di peringkat global, namun ia bukan bermakna institusi itu akan diperluas ke luar negara.

“Kita boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan dunia Islam lain. Saya berterima kasih kepada pihak zakat forum dan kerajaan persekutuan kerana memilih Sarawak sebagai tuan rumah perbincangan ini,” katanya.

Premier turut menegaskan bahawa konsep wakaf bukan hanya terhad kepada harta fizikal, tetapi juga termasuk ‘wakaf ilmu’ iaitu perkongsian pengetahuan yang dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat.

“Kalau kita mencipta teknologi seperti semikonduktor atau kandungan kecerdasan buatan (AI), ia akan digunakan oleh seluruh manusia. Itu juga adalah bentuk wakaf, wakaf ilmu yang sangat penting,” jelasnya.


Abang Johari menambah, perkembangan pesat teknologi global membuka peluang baharu untuk masyarakat Islam menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi sejagat melalui pendekatan inovatif dan berasaskan ilmu.

Oleh Shahrul Qaizat & Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Maritim Malaysia, TLDM perkukuh pertahanan lautan negara di Sarawak
Next: Sarawak sasar jadi model ekonomi Islam berasaskan zakat, wakaf – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.