Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bailey Bridge penghubung penduduk di Bario
  • Utara
  • WILAYAH

Bailey Bridge penghubung penduduk di Bario

Utusan Sarawak 4 months ago
SIMBOLIK… Datuk Gerawat Gala membuka salah satu kontena yang mengandungi komponen Jambatan Keluli Bermodular daripada NADMA yang dihantar menggunakan kontena pada majlis di Depoh JKR Bekenu hari ini. Foto JKR Sarawak

BEKENU: Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular menandakan komitmen kerajaan dalam memulihkan infrastruktur kritikal serta menjaga kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Bailey Bridge berperanan sebagai laluan yang terputus di Sungai Bale, Long Banga di Daerah Kecil Bario sekali gus memastikan kelancaran pergerakan penduduk dan kenderaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Jambatan Keluli Bermodular daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada JPBNS di Depoh JKR Bekenu, hari ini.

Menurut Datuk Gerawat yang mewakili Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, terdapat banyak jambatan balak dan pembetung di sepanjang bekas jalan balak di hilir, tengah dan ulu Baram memerlukan penggantian segera.

Katanya, syarikat konsesi pembalakan mengecilkan semula operasi, mereka tidak lagi mengekalkannya jambatan yang membawa kepada konsesi mereka, dan ini telah meninggalkan banyak komuniti tanpa akses selamat kepada perkhidmatan penting.

“Penggantian jambatan di Sungai Bale hanyalah satu daripada banyak isu infrastruktur kritikal yang dihadapi dalam kawasan Baram.

“Jambatan keluli itu akan dipasang di Kampung Long Banga, Daerah Marudi bagi menghubungkan laluan yang terputus akibat bencana banjir pada pertengahan 2024.

“Komponen jambatan dihantar menggunakan sebanyak 12 kontena bersaiz 40 kaki dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Miri,” kata beliau membaca teks ucapan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di sini hari ini .

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada NADMA dan Profaz Maju Niaga Sdn Bhd atas maklum balas segera mereka dalam membekalkan dan penghantaran komponen jambatan itu yang kini ditempatkan sementara di Depoh JKR Bekenu.

“Terima kasih juga kepada Lembaga Pelabuhan Miri, Polis Diraja Malaysia Miri, JKR Miri dan semua pihak yang terlibat atas usaha dalam memastikan peralihan lancar kontena dari pelabuhan ke JKR Depoh Bekenu pada 6 Januari lalu,” tambahnya lagi.

Turut hadir, Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) yang juga Timbalan Pengerusi JPBNS Datu Buckland Bangik, Residen Bahagian Miri Galong Luang, Timbalan Pengarah (Infrastruktur) JKR Sarawak Wisil Lichok dan Jurutera Bahagian Miri Stephen Ung.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemasukan Tadika Simanggang untuk semua kaum
Next: Dalami ilmu penyembelihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.