Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bahasa Iban punyai sistem piawaian untuk digunakan di sekolah, khususnya dalam SPM
  • SEMASA

Bahasa Iban punyai sistem piawaian untuk digunakan di sekolah, khususnya dalam SPM

Utusan Sarawak 7 months ago
PERSEDIAAN SPM: Chambai (duduk, lima kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama para pelajar yang menyertai POCEM Bahasa Iban SPM di Sibu, semalam. 

SIBU: Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Chambai Lindong, menyeru masyarakat Iban supaya tidak terus mempertikaikan piawaian bahasa Iban dengan mendakwa dialek tertentu sebagai yang paling betul.

Menurutnya, isu mengenai dialek, ejaan, dan sebutan sering menjadi topik perdebatan dalam kalangan masyarakat Iban dari pelbagai daerah, masing-masing menganggap cara mereka sebagai standard yang tepat.

“Bahasa Iban kini mempunyai satu sistem piawaian yang digunakan di sekolah, khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita harus mengikut sistem ini kerana ia sudah diselaraskan dengan baik,” jelasnya semasa merasmikan Program Cemerlang Akademik (POCEM) Bahasa Iban SPM di Dewan Wawasan, SMK Sungai Merah, semalam.

Chambai menekankan bahawa perbalahan sesama masyarakat mengenai dialek hanya akan merugikan, kerana sistem bahasa Iban yang sedia ada telah diterima dan digunakan secara meluas oleh pelajar di sekolah.

“Kita perlu menghormati sistem yang ada demi pembangunan berterusan dan masa depan bahasa Iban, baik di Sarawak mahupun di Malaysia,” tambahnya.

Justeru, beliau menekankan bahawa SDNU akan terus menyokong sebarang usaha untuk membangunkan dan memartabatkan bahasa Iban, selaras dengan matlamat mereka untuk memastikan bahasa ini kekal relevan bagi generasi akan datang.

Seramai 150 pelajar dan 16 guru pengiring dari lapan buah sekolah menengah di sekitar bandar Sibu telah menyertai program POCEM tersebut.

Program yang berlangsung sehari ini merupakan anjuran Resource Pool Bahasa Iban PPD Sibu dan SDNU Sibu yang bertujuan menyediakan panduan dan teknik menjawab soalan peperiksaan SPM dalam bahasa Iban kepada para pelajar.

Hadir sama ialah Pengerusi Projek POCEM yang juga Ketua Biro Pendidikan SDNU Sibu Johnady Janton; Pegawai SISC+ (Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah) Bidang Bahasa, Sektor Pembelajaran PPD Sibu Veronica Amis; Pengerusi Resource Pool Bahasa Iban SPM Sibu Jit Kayan dan Pengetua SMK Sungai Merah Wong Siew Ling.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hanya dua projek JKR Persekutuan dikategorikan ‘sakit’ di Sarawak
Next: JPJ buka bidaan siri nompor plat ‘MADANI’ hingga Rabu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.