Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bahagian Penguatkuasa JTS dijenamakan semula sebagai Cawangan Penguatkuasa dan Mineral
  • TEMPATAN

Bahagian Penguatkuasa JTS dijenamakan semula sebagai Cawangan Penguatkuasa dan Mineral

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGARAH Tanah dan Survei Sarawak Datu Awang Zamhari Awang Mahmood menandatangani Dua Pekeliling Penguatkuasa dan Mineral Jabatan sempena  Program Landas Summit 2026 di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak memaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasa jabatan itu telah dijenamakan semula sebagai Cawangan Penguatkuasa dan Mineral, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, selaras dengan Pekeliling Penguatkuasa dan Mineral No. 1/2026.

Penjenamaan semula tersebut bertujuan memperkukuh peranan serta fungsi penguatkuasaan tanah di samping meningkatkan pengurusan dan kawal selia sektor mineral di Sarawak, seiring dengan perkembangan pesat pembangunan tanah dan mineral di negeri ini.

Langkah berkenaan turut menyokong aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang mengenal pasti sektor mineral sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak.

Menurut pekeliling itu, di peringkat Ibu Pejabat, Bahagian Penguatkuasa kini dikenali sebagai Cawangan Penguatkuasa dan Mineral, manakala Ketua Bahagian Penguatkuasa dikenali sebagai Penolong Pengarah Penguatkuasa dan Mineral.

Di peringkat Pejabat Bahagian pula, Seksyen Penguatkuasa ditukar kepada Cawangan Penguatkuasa dan Mineral Bahagian, dengan Ketua Seksyen Penguatkuasa dikenali sebagai Ketua Cawangan Penguatkuasa dan Mineral Bahagian.

PENOLONG Pengarah Penguatkuasa dan Mineral Thian Choon Kui, (tiga,kanan) menyerahkan Dua Pekeliling Penguatkuasa dan Mineral kepada Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Datu Awang Zamhari Awang Mahmood dalam Program Landas Summit Hari kedua di Bintulu, hari ini.

Seiring penjenamaan semula tersebut, struktur organisasi Cawangan Penguatkuasa dan Mineral turut diperkemas. Di peringkat Ibu Pejabat, cawangan ini disokong oleh lima seksyen utama iaitu Seksyen Pelesenan dan Mineral, Seksyen Pencegahan dan Operasi, Seksyen Siasatan dan Pendakwaan, Seksyen Pembangunan dan Kegunaan Tanah serta Seksyen Aset, Lojistik dan Tadbir Urus Cawangan.

Bagi peringkat Pejabat Bahagian pula, sokongan operasi dilaksanakan melalui Unit Fizikal dan Operasi serta Unit Pelesenan.

Pekeliling berkenaan turut memperincikan saluran pemerintahan yang jelas bagi memastikan arahan, penyelarasan dan pentadbiran dilaksanakan secara berkesan dan berdisiplin, selaras dengan peruntukan Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

LINTAS HORMAT Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Datu Awang Zamhari Awang Mahmood melakukan lintas hormat dalam majlis Kawad Pengarah dalam Program Landas Summit di Bintulu hari ini, hari ini.

JTS Sarawak yakin penjenamaan semula dan penstrukturan ini akan memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, meningkatkan tadbir urus sumber tanah dan mineral serta menyokong pembangunan industri mineral yang bertanggungjawab dan mampan demi kepentingan negeri dan rakyat Sarawak.

Continue Reading

Previous: Bakat antarabangsa Sarawak terus menyerlah, industri kreatif diperkasa
Next: Kes penalti Petronas: Orang ramai digesa hormati proses kehakiman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.