Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bahagian dapur kedai kopi terbakar
  • KEBAKARAN

Bahagian dapur kedai kopi terbakar

Utusan Sarawak 6 months ago

Bomba berjaya memadamkan kebakaran kecil yang melibatkan bahagian dapur di sebuah kedai kopi. 

SIBU: Sebuah kedai kopi di Jalan Blacksmith di sini mengalami kerosakan kecil di bahagian dapurnya selepas terbakar petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan menyatakan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Central dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.13 petang. 

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan tong gas terbakar dari kawasan dapur memasak. 

“Anggota bomba berjaya memadam api dengan segera kerana kebakaran tersebut hanya melibatkan dapur memasak,” kata kenyataan itu. 

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Continue Reading

Previous: Remaja warga China rentung dalam kebakaran di Miri
Next: Kapal nelayan dalam pembinaan terbakar di Kuala Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.