Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • BAGUS dilaksana segera bagi perluas akses bantuan Guaman Syarie – PGSM
  • NASIONAL

BAGUS dilaksana segera bagi perluas akses bantuan Guaman Syarie – PGSM

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk seri Anwar Ibranım bersama para peserta semasa nadır pada Perasmian Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkiflí Hasan dan Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Amran Mat Zain. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) akan melaksanakan segera Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) selepas menerima peruntukan RM1.5 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Presiden persatuan itu, Musa Awang berkata, golongan memerlukan bantuan guaman syarie tetapi tidak berkemampuan boleh mendapatkan khidmat representasi melalui PGSM dengan sokongan dana yang disalurkan kerajaan itu.

Beliau berkata menerusi BAGUS, PGSM akan menyediakan panel peguam syarie kepada golongan tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk melantik peguam dengan memberikan khidmat nasihat atau mewakili mereka di Mahkamah Syariah.

“Pihak persatuan akan segera melaksanakan program tersebut dan membuat pengumuman kepada masyarakat mengenainya setelah dana disalurkan. 

“PGSM yang mempunyai rangkaian di seluruh negara dijangka mampu menawarkan penyelesaian kepada masyarakat menerusi dana yang disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026,  mengumumkan peruntukan RM1.5 juta kepada PGSM bagi memperluas akses bantuan guaman syarie kepada golongan kurang berkemampuan melalui BAGUS.

Perdana Menteri berkata, akses kepada keadilan perlu diberi perhatian kerana masih ramai, khususnya golongan miskin dan ibu tunggal yang berdepan kesukaran mendapatkan representasi guaman di Mahkamah Syariah. – Bernama

Continue Reading

Previous: BUDI Diesel: Fi tukar hak milik dikecualikan, subsidi boleh dipindah kepada pengguna sebenar – MOF
Next: Arab Saudi kagum, sedia contohi silibus pengakap Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.