
KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching pada 4.00 petang mencatatkan 78, sedikit menurun berbanding 79 yang direkodkan tengah hari tadi, menurut Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).
Bacaan IPU tersebut kekal dalam kategori Sederhana, yang lazimnya tidak menjejaskan kesihatan orang awam.
Cuaca sekitar 4.00 petang dilaporkan separa mendung namun tiada tanda jerebu ketara dikesan.
Orang ramai dinasihatkan terus memantau bacaan IPU dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku peningkatan pencemaran.
Oleh Masrin Affirah