Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bacaan IPU di Kuching kekal baik, tiada ancaman jerebu setakat ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Bacaan IPU di Kuching kekal baik, tiada ancaman jerebu setakat ini

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMANTAUAN… Cuaca cerah di sekitar Kuching pagi ini dengan bacaan IPU kekal baik pada paras 36 setakat 10.00 pagi tadi, menurut data NREB.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching kekal dalam kategori baik dengan paras 36 setakat 10.00 pagi tadi, menurut data rasmi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

Keadaan cuaca dilaporkan cerah dengan tiupan angin ringan di sekitar kawasan bandar raya ini, dan tiada tanda-tanda kemunculan jerebu yang boleh menjejaskan jarak penglihatan atau kesihatan awam.

Bagaimanapun, dua lokasi lain di Sarawak mencatat bacaan sederhana, iaitu Samalaju (56) dan Sibu (52), manakala lokasi selebihnya termasuk Samarahan, Sri Aman, Miri, Limbang dan Lawas kekal dalam julat baik, iaitu antara paras 23 hingga 50.

Orang ramai disaran agar terus peka terhadap perubahan kualiti udara dan mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara.

Untuk maklumat lanjut dan bacaan terkini IPU, sila layari portal rasmi NREB di www.nreb.gov.my.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM350,000 diperuntuk bagi kerja pemulihan, naik taraf Taman Lalulintas Rejang
Next: Projek gantian SMK Sri Sadong babitkan kos RM28.73 juta siap tahun ini – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.