Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • BAC 2026: Tiga beregu tersingkir, cabaran Malaysia tamat di suku akhir
  • SUKAN

BAC 2026: Tiga beregu tersingkir, cabaran Malaysia tamat di suku akhir

Utusan Sarawak 7 hours ago
BEREGU wanita negara yang juga pilihan kedua Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada pasangan nombor sembilan dunia dari China Li Yi Jing-Luo Xu Min dengan straight set 21-13, 21-15.

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 berakhir selepas ketiga-tiga pasangan negara tersingkir pada saingan suku akhir di Ningbo, China, hari ini.

Dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, beregu wanita negara yang juga pilihan kedua Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada pasangan nombor sembilan dunia dari China Li Yi Jing-Luo Xu Min dengan straight set 21-13, 21-15.

Ia adalah kekalahan kedua pasangan Malaysia itu kepada gandingan China berkenaan dalam tiga pertemuan.

BEREGU lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dalam perlawanan sengit selama satu jam 23 minit.

Sementara itu, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dalam perlawanan sengit selama satu jam 23 minit.

Pasangan nombor dua dunia itu bangkit memenangi set kedua untuk mengheret aksi ke set penentuan, namun gandingan Korea Selatan yang berada di kedudukan ke-22 dunia berjaya mengawal permainan untuk meraih kemenangan 21-19, 16-21, 21-13.

BEREGU campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut tersingkir pada peringkat suku akhir.

Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut tersingkir pada peringkat suku akhir.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mohd Azizulhasni jadikan Piala Dunia Trek medan persiapan ke Sukan Asia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.