Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • BAC 2025: Soon Huat – Shevon mara ke suku akhir
  • SUKAN

BAC 2025: Soon Huat – Shevon mara ke suku akhir

Utusan Sarawak 4 weeks ago
BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie. Foto Badminton Assiocation of Malaysia – BAM

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, selepas menundukkan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran pada pusingan kedua hari ini.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan masalah apabila menang straight set 21-17, 21-14 dalam tempoh 39 minit, sekali gus menebus kekecewaan tewas kepada lawan sama di suku akhir Terbuka Switzerland bulan lalu.

Pasangan suami isteri itu dijadual bertemu pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Pasaribu, yang menewaskan gandingan Taiwan, Chen Cheng Kuan–Hsun Yin Hui, 21-9, 21-7 bagi merebut tiket ke separuh akhir esok.

Sementara itu, hasrat satu lagi beregu campuran negara, Yap Roy King–Valeree Siow, untuk mengikut jejak langkah Soon Huat–Shevon tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa–Natsu Saito, 21-6, 21-16.

Turut menerima nasib sama ialah perseorangan lelaki dan wanita negara, Justin Hoh dan Goh Jin Wei, yang tersingkir di pusingan kedua.

Justin tunduk di tangan pemain nombor empat dunia dari Indonesia, Jonatan Christie, 13-21, 19-21 dalam masa 45 minit, manakala Jin Wei tewas kepada pemain Thailand, Supanida Katethong, 15-21, 16-21. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: BAC 2025: Sze Fei-Nur Izzuddin mula langkah kanan
Next: Memanah Kompaun pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik LA28

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.