Baby Shima meriahkan majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Rangkasao Kuala Matu malam tadi

Facebook
WhatsApp
PERSEMBAHAN mantap Baby Shima.

MATU: Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima dan artis program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kelapan, Alif Kadim memeriahkan majlis Ramah Tamah Aidilfitri di sini malam tadi.

Majlis tertutup untuk jemputan khas itu diadakan di kediaman bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah di Rangkasao Kuala Matu.

SEKITAR persembahan artis dan penari pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Rangkasao Kuala Matu malam tadi.

Majlis diserikan dengan persembahan Kumpulan Seni Melodi serta Group Tarian Legasi Terindah dari Semenanjung Malaysia.

Malam ini, kumpulan artis itu akan mengegarkan pertunjukan pentas di Dewan Masyarakat Kampung Tian, di sini.