Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Azmin buat kesilapan besar- Masing
  • TEMPATAN

Azmin buat kesilapan besar- Masing

Utusan Sarawak 5 years ago
TAN Sri Datuk Amar Dr. James Masing Jemut

CONNIE CHIENG

KUCHING: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali telah membuat satu kesilapan besar membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi di negara ini untuk beroperasi tanpa sekatan sekarang.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, berpendapat bahawa kerajaan sepatutnya lebih berwaspada dengan langkah ini dan ia sepatutnya dibenarkan secara berperingkat sehingga vaksin Covid-19 dihasilkan.

Masing berkata tiada gunanya untuk ekonomi beroperasi tanpa sekatan dan pulih  sepenuhnya sekiranya orang ramai jatuh sakit disebabkan oleh wabak ini.

Beliau memberi contoh kedai gunting rambut, pusat urut badan, restoran dan pawagam di mana ia adalah susah untuk mengamalkan jarak sosial.

Azmin mengumumkan pada Selasa bahawa kerajaan bersetuju supaya sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1, 2 dan 3 meningkatkan kapasiti sepenuhnya dan dibenarkan beroperasi tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing.

Kebenaran itu diputuskan selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang bersidang semalam (27 April 2020) bagi membincangkan kedudukan terkini ekonomi dan kewangan negara, kelangsungan perniagaan dan kesejahteraan rakyat.

Kebenaran ini berkuatkuasa mulai esok (29 April 2020). Syarikat yang diluluskan untuk beroperasi tidak lagi perlu memohon kepada MITI untuk mendapatkan kebenaran

Azmin dikutip sebagai berkata bahawa syarikat di dalam sektor yang dibenarkan ini wajib mematuhi syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor masing-masing.

Kegagalan syarikat mematuhi SOP, menurut Azmin akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan dikenakan tindakan undang-undang

Antara sector yang dibenarkan adalah industri pembinaan, automotif, kedai hardware dan kedai barangan elektrik dan elektronik.

Continue Reading

Previous: Poliklinik Miri menerima 500 penutup mulut dan hidung
Next: Rumah dua tingkat musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.