Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, rakan strategik pembangunan perumahan Sarawak
  • BISNES

Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, rakan strategik pembangunan perumahan Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
BERUCAP… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam Gala Tahunan Azmi Real Estate 2025di Hotel Waterfront, hari ini. Foto: Shikin Mahmud

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyifatkan Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd sebagai antara rakan strategik sektor swasta yang menyokong agenda perumahan dan pembangunan mampan negeri ini selaras dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur.

Beliau menegaskan bahawa agensi hartanah tempatan itu bukan sahaja berjaya mengembangkan perniagaan, malah turut memainkan peranan penting dalam memperluas pemilikan rumah rakyat dan menyokong komuniti luar bandar, ketika menghadiri Majlis Makan Malam Gala Tahunan Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd 2025 bertemakan ‘Waktu Keemasan’ di Hotel Waterfront malam ini.

“Azmi Real Estate terbukti membantu dalam meningkatkan penyertaan Bumiputera, memudahkan capaian kepada pemilikan hartanah serta menyokong usaha kerajaan dalam menangani isu kesesakan perumahan dan peluasan bandar yang tidak terkawal,” katanya.

DATUK Amar Dr Sim Kui Hian hadir memeriahkan Majlis Makan Malam Gala Tahunan Azmi Real Estate 2025 di Hotel Waterfront, Kuching sebagai tanda sokongan terhadap penggiat industri hartanah tempatan yang komited menyumbang kepada pembangunan mampan Sarawak. Foto: Shikin Mahmud

Menurut beliau, perumahan merupakan pemangkin kepada kestabilan sosial, pemerkasaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, justeru memerlukan kerjasama erat antara kerajaan dan pihak swasta.

“Kesihatan awam bermula dari rumah dengan akses kepada air bersih, sanitasi, struktur yang selamat dan komuniti yang terancang. Apabila rakyat tinggal di rumah yang sempurna, mereka hidup lebih sihat, lebih lama dan lebih produktif,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menegaskan komitmen Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menjayakan agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menumpukan kepada pembangunan infrastruktur berdaya tahan, keterangkuman ekonomi serta bandar pintar dan sihat.

“Tahniah kepada semua penerima anugerah malam ini dan terima kasih kepada Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd atas sumbangan anda dalam transformasi Sarawak. Semoga ‘Waktu Keemasan’ ini menjadi permulaan kepada masa depan yang lebih gemilang,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, Zalimaton Akmar Rosli, Naib Presidennya, Ahmad Fahmy Ridzwan serta pengerusi penganjur, Donovan Vincent.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pentas dan penyampaian anugerah kepada ejen serta staf cemerlang agensi berkenaan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Proton sasar jual lebih 2,000 unit Proton X50 serba baharu setiap bulan
Next: Azmi Real Estate Agency raikan ‘Waktu Keemasan’ di Majlis Gala Tahunan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.