Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Azmi Real Estate Agency raikan ‘Waktu Keemasan’ di Majlis Gala Tahunan 2025
  • BISNES

Azmi Real Estate Agency raikan ‘Waktu Keemasan’ di Majlis Gala Tahunan 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENERIMA… Antara ejen hartanah Azmi Real Estate yang menerima Anugerah Prestasi Cemerlang pada Majlis Makan Malam Gala Tahunan 2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian mereka dalam memacu kejayaan syarikat sepanjang tahun. Foto: Shikin Mahmud

KUCHING: Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd malam ini meraikan penganjuran Majlis Gala Tahunan 2025 bertemakan ‘Waktu Keemasan’ yang berlangsung penuh gemilang di Hotel Waterfront hari ini.

Majlis yang julung kali diadakan di Sarawak itu menghimpunkan lebih 400 tetamu kehormat termasuk wakil agensi, pemimpin korporat, rakan niaga strategik serta kenamaan kerajaan sebagai satu penghargaan terhadap pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu.

Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Azmi & Co Estate Agency Sdn Bhd telah melalui penjenamaan semula yang bukan sahaja mencerminkan perubahan nama, malah membawa bersamanya visi baharu yang lebih mantap, identiti yang lebih kukuh serta komitmen untuk terus berkembang sebagai agensi hartanah Bumiputera terunggul di Malaysia.

Bermula dari Ampang, Kuala Lumpur agensi ini kini berkembang pesat dengan cawangan di Kuching, Bintulu, Sibu, Lawas, Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Putrajaya dan kini mempunyai lebih 200 rakan niaga aktif di seluruh negara.

DONOVAN BERUCAP… Ketua Operasi Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, Donovan Vincent menyampaikan ucapan penghargaan kepada seluruh warga syarikat dan rakan niaga strategik sempena Majlis Gala Tahunan 2025 bertemakan ‘Waktu Keemasan’ yang berlangsung di Hotel Waterfront Kuching, hari ini. Foto: Shikin Mahmud

Ketua Operasi Azmi Real Estate, Donovan Vincent berkata ‘Waktu Keemasan’ ini merupakan simbol penghargaan dan inspirasi terhadap kejayaan kolektif semua pihak yang terlibat dalam membina kekuatan syarikat itu.

“Majlis ini bukan sekadar makan malam. Ia adalah detik untuk kita kenang perjalanan yang telah kita lalui bersama, mengiktiraf usaha semua dan menyemarakkan semangat untuk melangkah lebih jauh,” katanya.

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah berprestij seperti Top Subsale Performer, Project Sales Champion, Leadership Excellence Award, Golden Mentor, Legacy Awards serta gelaran utama Golden Champion 2024 yang diberikan kepada individu-individu cemerlang dalam pelbagai kategori.

Antara tarikan istimewa pada malam itu ialah persembahan komedi eksklusif oleh Douglas Lim dan Mad Sabah, selain persembahan kebudayaan oleh kumpulan muzik tempatan Meruked serta tetamu turut dihiburkan dengan acara permaidani merah, cabutan bertuah serta ucapan daripada barisan kepimpinan syarikat.

Tahun 2025 turut menandakan fasa baharu bagi syarikat itu dengan peluasan operasi ke Putrajaya dan pengukuhan program pembangunan kepimpinan serta transformasi digital yang berterusan sebagai sebahagian daripada strategi kelestarian jangka panjang.

Sejak penubuhannya, Azmi Real Estate telah berjaya merealisasikan lebih 1,000 transaksi hartanah dengan jumlah jualan melebihi RM900 juta, sekali gus membantu ramai rakyat Malaysia terutamanya warga Sarawak membina kekayaan dan masa depan melalui pemilikan hartanah.

Pengurusan syarikat turut menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan penaja yang menyumbang lebih RM300,000 dalam bentuk penajaan, jumlah terbesar dalam sejarah gala syarikat, sebagai bukti kepercayaan kukuh yang terjalin antara pihak industri.

Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd kekal teguh dengan misinya untuk memperkasakan komuniti Bumiputera melalui peluang dalam bidang hartanah, keusahawanan dan kepimpinan sejajar dengan aspirasi pengasasnya Allahyarham Azmi yang kekal menjadi sumber inspirasi syarikat hingga hari ini.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Azmi Real Estate Agency Sdn Bhd, rakan strategik pembangunan perumahan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.