Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Azmi Morshidi dilantik Pengerusi baharu JKP Masjid Bandar Sri Aman 2026–2029
  • Selatan
  • WILAYAH

Azmi Morshidi dilantik Pengerusi baharu JKP Masjid Bandar Sri Aman 2026–2029

Utusan Sarawak 13 hours ago
BARISAN JKP Masjid Bandar Sri Aman yang baharu bagi sesi 2026-2029. Foto: Masjid Bandar Sri Aman

SIMANGGANG: Azmi Morshidi dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Bandar Sri Aman yang baharu bagi sesi 2026-2029 selepas menewaskan dua pencabar lain dalam Mesyuarat Agung pemilihan yang berlangsung di Dewan Khulafa Ar-Rasyidin, Masjid Bandar Sri Aman, semalam.

Azmi yang sebelum ini memangku jawatan sebagai Pengerusi Interim menggantikan Allahyarham Mas Rosli Maslem yang meninggal dunia tahun lalu, menewaskan dua calon lain iaitu Nurul Alim Mohamad Wasli dan Alhias Muhi.

Bagi jawatan Timbalan Pengerusi, penyandang Hassan Suhaili mengekalkan kedudukan selepas menewaskan Ramli Salleh dengan majoriti besar. Sementara itu, kerusi Setiausaha kini disandang Iswandi Kassim yang menewaskan penyandang sebelum ini, Awang Magerib Awang Anie.

Jawatan Bendahari pula kekal milik Jemali Idi yang menang tanpa bertanding selepas tiada pencalonan lain diterima sehingga tarikh tutup pada 16 Ogos lalu. Turut dipilih, lapan Ahli Jawatankuasa baharu yang akan bersama menggerakkan pentadbiran masjid tersebut.

Dalam ucapannya, Azmi menzahirkan penghargaan atas mandat yang diberikan dan bertekad menjadikan Masjid Bandar Sri Aman sebagai pusat ibadah, pendidikan dan pengukuhan ukhuwah dalam masyarakat.

“Semua pihak perlu bersikap terbuka, matang serta ikhlas kerana Allah SWT. Keputusan ini hendaklah diterima dengan hati yang lapang agar kita dapat bersatu demi agama dan masyarakat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara ahli jawatankuasa baharu amat penting, di samping menggesa masyarakat Islam untuk terus memperkukuh hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan air berjadual di Daerah Subis 28 Ogos ini
Next: Missing boy found safe in Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.