Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Azhar Harun dipilih Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • NASIONAL

Azhar Harun dipilih Yang Dipertua Dewan Rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 13 Julai -- Datuk Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, July 13 -- Datuk Azhar Azizan Harun taking his oath as the new speaker of the Dewan Rakyat in the parliament house today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

DATUK Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam .• Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Datuk Azhar Azizan Harun dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 semalam.

Azhar, 58,  merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan pencalonan Azhar mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Tiada undi diadakan memandangkan hanya satu nama dicadangkan.

Usul itu dibentang Perdana Menteri selepas usul pertamanya supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat sedia ada Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya diluluskan selepas menerima sokongan 111 undi berbanding 109 undi.

Seorang Ahli Parlimen tidak hadir manakala seorang lagi berkecuali.

“Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Azhar Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih,” kata Muhyiddin.

Azhar sebelum ini dilantik sebagai pengerusi SPR pada 21 Sept 2018 menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau meletakkan jawatan pengerusi SPR pada 29 Jun. — Bernama

Continue Reading

Previous: Kes ‘sejuk beku’ JSJK dibuka semula
Next: 255 individu ingkar jalani saringan kedua Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.