Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Azeem bantu kuartet 4X100 Auburn raih emas di Yellow Jacket Invitational
  • SUKAN

Azeem bantu kuartet 4X100 Auburn raih emas di Yellow Jacket Invitational

Utusan Sarawak 6 hours ago
AKSI cemerlang Muhammad Azeem Mohd Fahmi menyumbang kepada kemenangan emas pasukan Universiti Auburn dalam acara 4x100m. Foto auburntfxc

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berjaya membantu kuartet 4×100 meter (m) Universiti Auburn meraih emas di Kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) hari ini. (Sabtu waktu AS).

Muhammad Azeem bersama-sama Alejandro Cardenas, Ian Myers dan Tyler Davis menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39.75 untuk berada di kedudukan pertama.

Tempat kedua acara itu dimenangi kuartet Universiti Lipscomb yang dibarisi Emery Eckert, Joel Nimoh, Wessel Vandernest, Justin Davis dengan catatan masa 41.93s.

Tiada pemenang ketiga direkodkan bagi acara itu selepas baki lima pasukan yang mengambil bahagian acara itu diklasifikasikan sebagai tidak menamatkan perlumbaan (DNF) dan tidak memulakan saingan (DNS).

Untuk rekod ini merupakan pingat kedua Muhammad Azeem di kejohanan itu selepas berjaya meraih perak dalam acara 100 m semalam.- Bernama

Continue Reading

Previous: Welbeck ‘bunuh’ harapan Liverpool 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.