
SIBU: Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu antara Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin dan Kapten (PA) Azamshah Apearal telah diadakan di Pusat Operasi APM Daerah Sibu, hari ini.
Mohd Jabir merupakan Pegawai APM Daerah Sibu telah menyerahkan tugasnya kepada Azamshah yang merupakan Pegawai Bencana Operasi Latihan dan Sekretariat APM Daerah Sibu untuk memangku tugasnya.
Majlis itu disaksikan oleh wakil Pegawai Daerah Sibu Ezekiel Lawat Wilson Dana.

Berucap dalam majlis tersebut, Mohd Jabir memberitahu bahawa beliau akan berpindah tugas ke Labuan.
Menurutnya lagi, beliau mula berkhidmat di Sibu pada Januari 2023.
“Sepanjang kira-kira dua tahun setengah saya berkhidmat di sini banyak pengalaman berharga yang saya perolehi dan pelajari.
“Terima kasih atas semua kerjasama yang diberikan sepanjang saya bertugas di sini,” ujarnya.
Mohd Jabir menggesa agar kerjasama sedemikian diteruskan oleh anggota kepada pegawai yang baharu kelak bagi mempertingkatkan prestasi APM Daerah Sibu dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak dan agensi yang telah banyak membantunya sepanjang bertugas di sini. Oleh Tarani Lanting