Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AZAM Sarawak terapkan pembangunan nilai dan karakter dalam AZAM Young Souls
  • TEMPATAN

AZAM Sarawak terapkan pembangunan nilai dan karakter dalam AZAM Young Souls

Utusan Sarawak 3 hours ago
ARIFF Irwani, Timbalan Pengerusi AZAM Sarawak merangkap jurulatih Program Pembangunan Kapasiti AYS 2026 (tengah) bersama barisan pengurus, ahli jawatankuasa AYS sesi 2024–2026 serta ahli baharu. Foto AZAM 

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak menganjurkan Program Pembangunan Kapasiti AYS 2026 selama tiga hari di Kompleks AZAM sebagai usaha memperkukuh kepimpinan belia serta menyemai nilai kesukarelawanan secara berstruktur dan berterusan dalam kalangan ahli AZAM Young Souls (AYS).

Program berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi AZAM Sarawak, Ariff Irwani, yang berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan pembangunan kepimpinan, kesukarelawanan serta peranan belia dalam menyumbang secara bermakna kepada organisasi dan komuniti

Mengangkat tema ‘Kesukarelawanan dan Kesederhanaan’, program ini dirangka bagi menerapkan nilai kesukarelawanan yang kukuh, disiplin, kerja berpasukan serta rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli AYS.

Pengurus Komunikasi Strategik, Media dan Hubungan Belia AZAM Sarawak, Mohd Hassnal Hakim Junaidi, berkata program berkenaan bukan sekadar latihan kemahiran, sebaliknya satu proses pembentukan nilai dan karakter belia.

“Pembangunan Kapasiti AYS bukan tentang siapa yang paling hebat, tetapi tentang membina sikap, disiplin dan rasa tanggungjawab. Bagi AZAM, belia bukan sekadar tenaga pelaksana, sebaliknya rakan komunikasi yang membawa nilai dan mesej positif kepada masyarakat,” katanya dalam ucapan alu-aluannya.

Beliau berkata, pembinaan karakter berasaskan integriti amat penting bagi memastikan setiap penglibatan belia memberi impak positif kepada organisasi dan komuniti.

Sementara itu, Presiden AZAM Young Souls, Theron Then Kai Yuan, berkata program tersebut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesatuan, hala tuju dan kesinambungan kepimpinan AYS, khususnya menjelang penamatan tempoh jawatankuasa sedia ada.

Program Pembangunan Kapasiti AYS 2026 turut melibatkan penyertaan beberapa ahli baharu AYS, selari dengan usaha AZAM Sarawak menyediakan platform orientasi dan pembentukan awal yang tersusun bagi memastikan kesinambungan nilai, budaya kerja dan kepimpinan belia dalam organisasi.

Antara objektif utama program berkenaan ialah memperkukuh semangat kesukarelawanan dan kesederhanaan, membangunkan kepimpinan berteraskan nilai dan kesedaran sosial, meningkatkan kefahaman terhadap peranan ahli AYS, serta membina asas akauntabiliti dan kerja berpasukan yang kukuh.

Program itu juga dilihat sebagai kesinambungan kerjasama strategik AZAM Sarawak bersama Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Keusahawanan Sarawak dalam usaha memperluaskan pembangunan kapasiti belia menerusi pendekatan berfokus, inklusif dan mampan.

Dalam masa yang sama, AZAM Sarawak menyasarkan peluasan kolaborasi strategik merentasi pelbagai agensi bagi melahirkan belia yang bukan sahaja berkeupayaan melaksanakan program, malah berperanan sebagai rakan strategik yang diyakini oleh organisasi dan komuniti.

Selain Program Pembangunan Kapasiti AYS, AZAM Sarawak turut melaksanakan pelbagai inisiatif belia lain di bawah platform AZAM Young Souls, termasuk Kelab Toastmasters AYS yang diadakan setiap Rabu, Hari Belia Kuching, serta Program Jangkauan Komuniti.

AZAM Sarawak turut mengalu-alukan penyertaan belia yang berminat untuk menyertai AZAM Young Souls. Maklumat lanjut mengenai AYS dan program belia AZAM boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi AZAM Sarawak.

Continue Reading

Previous: Fast Culture 2026 tarik hampir 10,000 pengunjung, tonjolkan pertumbuhan budaya automotif Sarawak
Next: Lo Khere Chiang sebar keceriaan Tahun Baharu Cina di Pasar Batu 10

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.