Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • AZAM Sarawak pemangkin komunikasi strategik pembangunan negeri
  • Selatan
  • WILAYAH

AZAM Sarawak pemangkin komunikasi strategik pembangunan negeri

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada majlis Gawai AZAM Sarawak ‘Begawai Chara Kitai’, di sebuah hotel di sini, hari ini. -Foto UKAS

KUCHING: Angkatan Zaman Mangsang (AZAM) Sarawak terus memainkan peranan penting dalam menyokong agenda pembangunan negeri menuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) dan seterusnya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa AZAM bukan sahaja berfungsi sebagai saluran komunikasi strategik kerajaan, malah turut menyumbang secara langsung ke arah membina masyarakat inklusif, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

“Peranan AZAM semakin signifikan dalam menyokong penyampaian PCDS 2030 secara menyeluruh, menerusi pendekatan komunikasi yang efektif dan relevan untuk semua lapisan masyarakat.

“AZAM perlu terus menyampaikan misi pembangunan ini dengan menjadi agensi pemangkin yang menambah nilai kepada usaha kerajaan, terutama dalam memperkasa rakyat melalui program dan inisiatif yang memberi impak positif,” katanya ketika berucap pada majlis Gawai AZAM Sarawak ‘Begawai Chara Kitai’, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Tambah beliau, pelbagai program pembangunan anjuran AZAM telah membantu meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan rakyat terhadap peluang ekonomi dan sosial, sejajar dengan hala tuju Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030.

Uggah turut mengakui bahawa meskipun Sarawak secara rasmi telah mencapai status wilayah berpendapatan tinggi, masih terdapat segmen masyarakat yang belum menikmati kemajuan secara menyeluruh.

“Di sinilah AZAM memainkan peranan penting sebagai pembimbing dan pemudah cara untuk memastikan semua kelompok rakyat tidak ketinggalan, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa AZAM akan kekal relevan dan progresif dalam menyokong visi kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Pengerusi AZAM Sarawak, Datu William Patrick Nyigor, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datu Felicia Tan Ya Hua serta tetamu kehormat lain. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Simunjan 2025 kembali gegarkan Pekan Simunjan, sasar 100,000 pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.