Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Belia AZAM Sarawak, OIC Youth Indonesia perkukuh jalinan serantau
  • SEMASA

Belia AZAM Sarawak, OIC Youth Indonesia perkukuh jalinan serantau

Utusan Sarawak 7 hours ago
DELEGASI AZAM Sarawak dan AZAM Young Souls (AYS) bergambar bersama Presiden OIC Youth Indonesia, Astrid Nadya Rizqita serta wakil pemimpin belia tempatan semasa kunjungan hormat di Jakarta. Foto AZAM Sarawak

JAKARTA: Usaha memperkukuh jalinan serantau dalam kalangan belia Malaysia dan Indonesia diterjemahkan melalui kunjungan hormat delegasi Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) bersama sayap belianya, AZAM Young Souls (AYS), ke OIC Youth Indonesia di Jakarta.

Kunjungan ini disambut oleh Presiden OIC Youth Indonesia, Astrid Nadya Rizqita, bersama 10 orang wakil pemimpin belia tempatan.

Kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan pengalaman, di samping merangka potensi kolaborasi dalam bidang pembangunan kepimpinan, inovasi sosial dan advokasi belia Islam serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, menyatakan bahawa lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha membentuk generasi belia yang berwawasan global, tanpa mengetepikan nilai dan akar budaya tempatan.

“Melalui jaringan bersama OIC Youth Indonesia, kita bukan sahaja mewujudkan ruang pertukaran idea dan nilai, malah membuka lembaran baharu untuk program bersama yang boleh memberi impak besar kepada pembangunan belia di rantau ini,” katanya.

Pengurus Komunikasi Strategik, Media dan Perhubungan Belia AZAM Sarawak, Hassnal Hakim turut menambah bahawa kerjasama ini menjadi pemangkin kepada sinergi aktif antara belia dua negara.

“Kami percaya kolaborasi ini mampu mencetuskan projek kepimpinan, keusahawanan sosial dan inovasi digital yang memberi manfaat terus kepada komuniti,” jelas beliau.

Antara cadangan program bersama termasuklah kem kepimpinan serantau, inisiatif belia berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), pertukaran budaya serta simulasi Model OIC.

 Delegasi AZAM Sarawak turut berkongsi kejayaan AYS dalam memperkasa belia luar bandar melalui platform komunikasi dan relawan, di samping penekanan terhadap pemerkasaan digital yang berlandaskan nilai kemasyarakatan.

Kunjungan ini bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan komitmen jitu kedua-dua organisasi dalam membina masa depan belia Nusantara yang progresif, bersatu dan berimpak. Ia juga memperkukuh usaha ke arah kerjasama rentas negara yang menjadikan belia sebagai tonggak pembangunan serantau.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AZAM Sarawak perkukuh kerjasama serantau melalui kunjungan ke MNC Media di Jakarta
Next: MCMC mulakan siasatan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.