Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AZAM perkasa belia sebagai influencer, pencipta kandungan melalui kerjasama komuniti
  • TEMPATAN

AZAM perkasa belia sebagai influencer, pencipta kandungan melalui kerjasama komuniti

Utusan Sarawak 3 hours ago
KENANGAN… Ali Suhaili bersama delegasi AZAM Sarawak merakam gambar kenangan bersama Dato Fazruddin Abdul Rahman, selepas kunjungan hormat di Pusat Khidmat N.6 Tupong, Kuching, sempena perbincangan kerjasama pemerkasaan belia sebagai influencer dan pencipta kandungan berteraskan pembangunan komuniti. Foto AZAM

PETRA JAYA: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak terus memperkukuh agenda pemerkasaan belia apabila mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Tupong, Dato Fazruddin Abdul Rahman, di Pusat Khidmat N.6 Tupong, di sini hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan meneroka potensi kerjasama pembangunan belia antara AZAM Young Souls (AYS) dan Gerakan Belia N.6 Tupong, dengan penekanan terhadap usaha memperkasa penglibatan belia melalui pendekatan komunikasi, kepimpinan serta pembangunan kapasiti secara inklusif.

Dalam sesi perbincangan itu, AZAM Sarawak berkongsi peranannya sebagai sebuah organisasi masyarakat sivil yang memfokuskan pemerkasaan belia menerusi pembangunan kepimpinan, kecemerlangan komunikasi dan pelaksanaan program berasaskan komuniti.

AZAM turut menekankan peranan strategiknya dalam melahirkan belia sebagai influencer dan pencipta kandungan yang beretika, berfakta serta berimpak, bagi membantu menyampaikan maklumat, aspirasi dan agenda pembangunan kepada masyarakat melalui pendekatan komunikasi yang dekat dengan generasi muda.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, berkata kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat komuniti amat penting bagi memastikan inisiatif pembangunan belia yang dirangka benar-benar relevan dan memberi manfaat kepada golongan muda.

“AZAM melihat belia sebagai rakan strategik dan agen perubahan. Melalui pembangunan komunikasi dan kepimpinan, kami berusaha melahirkan belia yang bukan sahaja berkeyakinan, malah mampu menjadi influencer dan pencipta kandungan yang bertanggungjawab dalam menyampaikan mesej positif serta maklumat bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.

Antara inisiatif yang turut dibincangkan ialah Program Hari Belia Kuching (KYDO) anjuran AYS, yang diilhamkan sebagai platform penyatuan belia dari seluruh Sarawak untuk berkumpul, berhubung dan berinteraksi melalui aktiviti berteraskan komunikasi, kepimpinan dan penglibatan komuniti.

Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk meneruskan perbincangan lanjut bagi mengenal pasti bentuk kerjasama yang bersesuaian, dengan matlamat memperkukuh ekosistem pembangunan belia serta membuka lebih banyak peluang penglibatan belia di peringkat komuniti.

AZAM Sarawak kekal komited untuk terus bekerjasama dengan rakan strategik merentas sektor dalam usaha memperkasa belia, memperkukuh komunikasi awam dan membina generasi muda yang berdaya saing, berkeyakinan serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh ekosistem semikonduktor melalui kerjasama strategik
Next: 152 individu dikurniakan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.