Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AZAM, Ibrandium meterai MoU jayakan podcast ‘Kelaka Belia’
  • TEMPATAN

AZAM, Ibrandium meterai MoU jayakan podcast ‘Kelaka Belia’

Utusan Sarawak 11 hours ago
MOU… Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) mencipta satu lagi langkah strategik apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Ibrandium Resources Sdn. Bhd. bagi menjayakan inisiatif podcast dikenali sebagai ‘Kelaka Belia’.

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) mencipta satu lagi langkah strategik apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Ibrandium Resources Sdn. Bhd. bagi menjayakan inisiatif podcast dikenali sebagai ‘Kelaka Belia’.

Menurut kenyataan AZAM Sarawak, kerjasama tersebut bertujuan memperkukuh penyampaian maklumat pembangunan negeri melalui pendekatan lebih segar, inklusif dan relevan khususnya kepada golongan belia di Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, platform podcast berkenaan dilihat sebagai medium efektif untuk merapatkan jurang komunikasi antara organisasi dan generasi muda.

“Melalui platform seperti podcast ‘Kelaka Belia’, kami dapat mendekati belia dengan cara yang lebih santai, dekat dan relevan sekali gus memastikan mesej pembangunan dapat difahami dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Ibrandium Resources Sdn. Bhd., Afiq Khatem berkata, kolaborasi tersebut membuka ruang kepada pendekatan komunikasi yang lebih kreatif dan dinamik.

Beliau berkata, kandungan digital seperti podcast mempunyai potensi besar dalam membentuk persepsi serta pemikiran golongan belia.

“ ‘Kelaka Belia’ bukan sekadar platform perbualan, tetapi juga medium untuk mencetus inspirasi dan memberi ruang kepada suara generasi muda Sarawak,” ujarnya.

Podcast tersebut akan mengetengahkan pelbagai isu berkaitan belia termasuk pendidikan, kerjaya, kesejahteraan mental serta peluang masa depan melalui pendekatan santai namun bermakna.

Setakat ini, tiga episod awal telah dirancang dan dijangka dilancarkan pada April ini menerusi pelbagai platform media sosial termasuk Instagram, Facebook dan TikTok, selain boleh diakses di Spotify serta YouTube rasmi.

Kerjasama berkenaan juga selari dengan aspirasi ‘Pergerakan untuk Kemajuan’ dalam memacu pembangunan komuniti melalui idea, inovasi serta penglibatan aktif generasi muda.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan Yayasan Perpaduan Sarawak
Next: Bantuan RM6.9 juta perkasa penanaman padi, teknologi moden di Batang Lupar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.