Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Azam Baki masih ahli Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027 – Ketua Pengarah
  • NASIONAL

Azam Baki masih ahli Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027 – Ketua Pengarah

Utusan Sarawak 4 hours ago
Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR: Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) hari ini menjelaskan bahawa bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC.

Ketua Pengarah NFCC Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil dalam kenyataan berkata keanggotaan Azam adalah bagi tempoh tiga tahun mulai 20 September 2024 hingga 19 September 2027.

“Pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti individu dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, keanggotaan beliau dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat pada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan, melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Sehubungan dengan itu, kehadiran Azam dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC pada 30 Jun lepas selaras dengan Akta 822 kerana beliau merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah,” katanya.

Semalam, media melaporkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan pelantikan Azam sebagai penasihat di NFCC. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peruntukan tambahan RM10 juta bagi geran padanan penggantian teksi lama – Anwar
Next: Malaysia kekal pendirian terhadap Jho Low, tidak terpengaruh keputusan AS – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.