Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Azam Baki dilantik semula sebagai KP SPRM
  • NASIONAL

Azam Baki dilantik semula sebagai KP SPRM

Utusan Sarawak 2 years ago

PUTRAJAYA: Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata,  pelantikan Azam telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya. 

Sebelum itu, Azam pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM selama empat tahun bermula 2016, selain pernah menyandang jawatan Pengarah Perisikan dan Pengarah Siasatan.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 – 17 Mei
Next: LCW: Tun Juhar, Datuk Bandar Westminster antara kenamaan lawat Pavilion Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.