Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ayob Khan tolak dikait ketuai siasatan isu FAM
  • TEMPATAN

Ayob Khan tolak dikait ketuai siasatan isu FAM

Utusan Sarawak 10 hours ago
JELASKAN… Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Buku ‘Dato Tun Hisan — Breaking The Chain of Gangsterism: A Strategy To Combat Crime in Sarawak’ di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

PETRA JAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menolak andaian bahawa beliau individu paling layak mengetuai jawatankuasa bebas khas bagi menyiasat isu membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dikenakan hukuman oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ayob Khan berkata, masih ramai pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lain yang berkaliber dan berpengalaman luas dalam bidang penyiasatan untuk memimpin siasatan seperti itu.

“Masih ramai lagi bagi saya polis, pegawai kanan polis lain yang berkaliber, yang boleh menawar siasatan.

“Bukan saya seorang. PDRM ni bukan saya, macam Tun Hisan cakap tadi, bukan individu. Ini satu pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Buku ‘Dato Tun Hisan — Breaking The Chain of Gangsterism: A Strategy To Combat Crime in Sarawak’ di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Terdahulu, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa, mencadangkan Ayob Khan mengetuai jawatankuasa siasatan berkenaan dengan alasan beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang penyiasatan serta rekod integriti tinggi yang mampu memulihkan imej FAM.

“Kalau mahu proses siasatan ini benar-benar bersih dan telus, saya rasa Tan Sri Ayob Khan adalah individu paling tepat untuk mengetuainya,” katanya ketika dihubungi media tempatan.

Bagaimanapun, Ayob Khan menegaskan tiada pihak menghubunginya berhubung cadangan itu setakat ini.

“Belum ada sesiapa yang datang berjumpa saya (untuk mengetuai siasatan). Ramai lagi calon lain yang berkaliber,” katanya ringkas.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS komited bantu penjaja kecil, kekal sewa antara terendah
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.