Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ayob Khan: Buku Tun Hisan bukti keberanian dan integriti PDRM
  • TEMPATAN

Ayob Khan: Buku Tun Hisan bukti keberanian dan integriti PDRM

Utusan Sarawak 12 hours ago
LANCARKAN… Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Datuk Tun Hisan Tun Hamzah(empat dari kiri) bersama tetamu kehormat yang lain menyemournakan gimik pelancaran buku Dato Tun Hisan-Breaking The Chain of Gangsterism di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini. 

PETRA JAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan penerbitan buku ‘Dato’ Tun Hisan — Breaking The Chain of Gangsterism: A Strategy To Combat Crime in Sarawak’ sebagai pengiktirafan terhadap keberanian, integriti dan dedikasi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menegakkan undang-undang.

Beliau berkata, apabila pihak luar mengambil inisiatif mendokumentasikan kejayaan pasukan polis, ia membuktikan bahawa usaha menjaga keamanan dan ketenteraman awam tidak pernah diabaikan.

“Penerbitan ini bukan sekadar buku, tetapi satu penghargaan terhadap dedikasi dan integriti anggota PDRM.

“Ia juga mengiktiraf bab paling membanggakan dalam sejarah kepolisan di Sarawak ketika Datuk Tun Hisan memimpin dengan visi dan strategi yang jelas,” katanya pada majlis pelancaran buku berkenaan di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Menurut Ayob Khan, Datuk Tun Hisan berjaya memutuskan rantaian kongsi gelap yang telah lama berakar umbi di negeri ini, meskipun hanya berkhidmat selama sembilan bulan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

“Di sebalik kejayaan itu bukan sekadar strategi, tetapi juga komitmen, keberanian dan integriti yang menjadi asas kejayaan penguatkuasaan undang-undang,” ujarnya.

Sementara itu, Tun Hisan Tun Hamzah dalam ucapannya berkata, buku tersebut bukan ditulis untuk mengagungkan dirinya, sebaliknya untuk mendokumentasikan perjuangan pasukan polis bersama rakyat Sarawak dalam memulihkan keamanan.

“Buku ini adalah kisah tentang strategi, pengorbanan dan kerjasama erat antara polis, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan rakyat biasa yang enggan tunduk kepada ketakutan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha menentang kongsi gelap di Sarawak menuntut bukan sahaja tindakan penguatkuasaan, tetapi juga kepercayaan, risikan dan hubungan rapat dengan komuniti setempat.

JELASKAN… Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika berucap pada majlis pelancaran buku Dato Tun Hisan-Breaking The Chain of Gangsterism di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini.

“Pencegahan jenayah memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan masyarakat dan pihak berkuasa.

“Tiada keselamatan sejati tanpa kerjasama antara kedua-duanya,” katanya.

Buku setebal 440 muka surat itu ditulis oleh seorang penulis tempatan, Leonard Sabu.

Tun Hisan yang juga bekas pegawai kanan polis, berkhidmat selama 36 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum bersara awal pada usia 54 tahun pada Julai 2013 untuk menceburi sektor korporat.

Beliau memulakan latihan sebagai Inspektor Percubaan pada 1 Oktober 1977 dan pernah berkhidmat di lapan negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor. Jawatan terakhirnya ialah sebagai Ketua Polis Selangor.

Tun Hisan juga aktif sebagai penulis dan pernah menghasilkan buku Beyond Policing: The Strategic Shift bersama Khoo Kheng-Hor, selain bekerjasama dengan Eric S.H. Chew menerbitkan A Woman’s Personal Defense (Manual Handbook).

Beliau turut menyumbang pelbagai artikel mengenai isu kepolisan dalam majalah Beyond terbitan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau memiliki ijazah sarjana dalam Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah mengikuti pelbagai latihan serta kursus profesional di dalam dan luar negara termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu
Next: BCCK 2 bakal kukuhkan Kuching sebagai pusat acara antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.