Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Awla Dris tinjau Loji Rawatan Air susulan paras air takungan rendah
  • Selatan
  • WILAYAH

Awla Dris tinjau Loji Rawatan Air susulan paras air takungan rendah

Utusan Sarawak 2 days ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air di sini, hari ini. Foto UKAS

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air di sini, hari ini.

Kehadiran beliau bagi meninjau keadaan Sungai Lepong susulan paras air kolam takungan yang dilaporkan rendah pada awal bulan ini akibat cuaca panas berterusan.

Ketibaan Awla disambut Jurutera Bahagian Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Samarahan, Adzahari Baini bersama pegawai teknikal JBALB sebelum menghadiri taklimat teknikal mengenai situasi semasa loji tersebut.

Menurut Adzahari, paras air kini telah kembali ke tahap normal selepas hujan lebat melanda Simunjan selama dua hari berturut-turut.

Beliau turut memaklumkan bahawa projek Transmission Main merentasi Jambatan Batang Sadong ke Simunjan (Pakej 3D) masih dalam proses Ujian dan Pentauliahan (T&C).

“Ini bagi memastikan sistem paip beroperasi lancar, bebas kebocoran dan menyalurkan bekalan air bersih secara konsisten kepada penduduk,” jelasnya.

Selain itu, projek pembinaan tangki aras tinggi di Taman Hijrah dijangka akan diserahkan kepada kontraktor dalam masa terdekat dengan penyerahan disaksikan sendiri oleh Awla sebagai tanda komitmen kerajaan memperkukuh infrastruktur bekalan air di kawasan tersebut.

Sejurus selepas taklimat, Awla bersama rombongan meninjau kolam takungan utama loji berkenaan sebagai sebahagian pemantauan berterusan isu bekalan air.

Awla turut menasihati penduduk agar terus berjimat cermat dalam penggunaan air walaupun paras air telah kembali stabil, memandangkan cuaca panas dijangka berterusan sehingga September. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Prihatin mangsa kebakaran, ADUN Lingga biayai kos sewa rumah selama setahun
Next: Chapel Saint Thomas dirasmikan, simbol kemajuan komuniti luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.