Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Awangku Jinal Abedin dilantik Penasihat Persatuan Tarik Tali Sarawak
  • TEMPATAN

Awangku Jinal Abedin dilantik Penasihat Persatuan Tarik Tali Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENASIHAT…Awangku Jinal Abedin menerima surat pelantikan sebagai Penasihat Persatuan Tarik Tali Sarawak daripada Presiden Persatuan Tarik Tali Sarawak Steve Lius dan barisan jawatankuasa beliau baru-baru ini. Foto: Adeng Edrus

LAWAS: Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa telah dilantik sebulat suara sebagai Penasihat Persatuan Tarik Tali Sarawak.

Presiden Persatuan Tarik Tali Sarawak, Steve Lius memberitahu mesyuarat jawatankuasa tertinggi persatuan berkenaan telah sebulat suara mencadangkan pelantikan Awangku Jinal Abedin yang juga merupakan individu yang telah banyak menyokong aktiviti belia di Utara Sarawak.

Selain itu, Steve turut memberitahu pihak Persatuan Tarik Tali Sarawak juga akan mengadakan kursus pengadil, jurulatih dan teknikal tarik tali pada 11 hingga 13 Julai bertempat di Kompleks Sukan Lawas.

Kursus ini anjuran bersama Persatuan Tarik Tali Kebangsaan dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pendaftaran terbuka sehingga 5 Julai 2025 dan mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan Norsaini di talian 014-5917332 atau Fadzli di talian 019-8348408 untuk maklumat lanjut.

CENDERAMATA SOKONGAN…Steve menyampaikan cenderamata kepada Awangku Jinal Abedin atas sokongan untuk bersama membangunkan sukan tarik tali Sarawak baru-baru ini. Foto: Adeng Edrus

“Kita akan merangka beberapa program dalam memertabatkan sukan tarik tali yang juga merupakan sukan komuniti yang memiliki ramai peminat di Sarawak.

“Malahan, kita akan turut membawa sukan ini ke tahap lebih tinggi dengan teknologi moden dan peraturan yang diiktiraf oleh badan sukan tarik tali antarabangsa agar kita dapat mengembangkan bakat atlet sukan tarik tali di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan surat pelantikan jawatan penasihat kepada Awangku Jinal Abedin di Hotel Seri Malaysia Lawas baru-baru ini.

Steve juga menegaskan, sukan tarik tali merupakan sukan dinamik di peringkat antarabangsa dan Sarawak perlu mengikut perkembangan semasa untuk terus maju dalam sukan ini agar tidak ketinggalan.

Mengakui bakat dan kemampuan atlet sukan tarik tali Sarawak, beliau komited untuk mengangkat sukan ini di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa secara berperingkat.

“Sama-samalah kita di peringkat daerah mahupun bahagian di Sarawak bekerjasama kerana kita mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Operasi buru buaya ganas di Sg Paroh Kuching mulai esok
Next: Kekalkan perpaduan masyarakat, imarah masjid di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.