Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Awang Tengah wakili Premier Sarawak pada Mesyuarat MTN ke-82 di Putrajaya
  • SEMASA

Awang Tengah wakili Premier Sarawak pada Mesyuarat MTN ke-82 di Putrajaya

Utusan Sarawak 11 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. Foto UKAS

PUTRAJAYA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 di Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Abdullah Julaihi dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. Foto UKAS

Mesyuarat MTN kali ini telah membentangkan sebanyak lima kertas pertimbangan dan tiga kertas makluman antara lainnya adalah berkenaan Pindaan Akta Pengambilan Tanah (1960) dan Pemerkasaan Tatakelola Pengambilan Tanah, Status Keluasan Kawasan Berhutan Nasional 2022 dan Status Komitmen Malaysia Untuk Mengekalkan Liputan Kawasan Berhutan serta Dasar Lanskap Negara.

Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri yang mewakili negeri masing-masing.

Antara Menteri-Menteri Kabinet Persekutuan yang turut berada di mesyuarat tersebut adalah Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Ekonomi, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap says GPS Sarawak sets the gold standard as both PKR and GRS Sabah adopt GPS inspired wealth fund proposals
Next: AZAM Sarawak, YSS gerakkan misi CSR seni dan komuniti di Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.