Awang Tengah turun padang dengar keluhan penduduk Lawas

Facebook
WhatsApp
HUBUNGAN MESRA... Kemesraan sentiasa terjalin antara pemimpin dan rakyat di Lawas.

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, memanfaatkan masa lapang yang terhad untuk menyantuni dan beramah mesra dengan orang ramai di sebuah pasar raya di Lawas petang semalam.

Beliau diiringi Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; ADUN Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang; Pengarah Lembaga Pembangunan Utara Sarawak (NRDA), Datu Ubaidilah Latip; dan Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi.

HENTI REHAT… Awang Tengah bersama rombongan meluangkan masa menikmati minuman sambil beramah mesra dengan orang ramai di sebuah gerai.

Dalam sesi berkenaan, Awang Tengah turut menerima pelbagai maklum balas secara langsung daripada penduduk Lawas berhubung isu dan masalah yang dihadapi mereka.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk masalah telekomunikasi, bekalan air bersih serta kemudahan utiliti lain yang masih dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

PENUH HORMAT… Awang Tengah sentiasa dihormati dan disayangi rakyat atas keprihatinan beliau terhadap permasalahan yang dihadapi mereka.

Malah, Awang Tengah sendiri mengakui berdepan kesukaran menggunakan telefon bimbit untuk berhubung ketika berada di Lawas sejak Ahad lalu berikutan masalah capaian telekomunikasi.

Beliau turut melihat sendiri kesukaran pengamal media memuat naik gambar dan video sepanjang program Timbalan Premier Sarawak di Lawas akibat capaian internet yang lemah.

KONGSI MASALAH… Awang Tengah turut mengambil maklum pelbagai pandangan daripada orang ramai berhubung isu perkhidmatan yang diterima, khususnya di kawasan luar bandar.

Oleh Adeng Edrus

Misi besar Pusaka perkasa industri buluh Sarawak

KUCHING: Buluh yang selama ini sinonim dengan kehidupan tradisional masyarakat Sarawak berpotensi berkembang sebagai sumber ekonomi baharu melalui penghasilan produk bernilai tambah seperti

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang