Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Awang Tengah meriahkan majlis persandingan anak Dr Abdul Rahman di Limbang
  • WILAYAH

Awang Tengah meriahkan majlis persandingan anak Dr Abdul Rahman di Limbang

Utusan Sarawak 10 hours ago
MERIAH… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama isteri, Dayang Morliah Awang Daud, hadir memeriahkan majlis persandingan anak kepada Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk DrAbdul Rahman Ismail, hari ini.

LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud, hadir memeriahkan majlis persandingan anak kepada Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, hari ini.

Majlis persandingan Dr Abdul Hakim Abdul Rahman dan pasangannya, Dr Nur Arifah Adlina Azman, berlangsung di Kampung Nauran, di sini, dalam suasana meriah dengan kehadiran pemimpin serta masyarakat setempat.

Dr Abdul Rahman bersama isteri, Datin Dayang Maimunah Awang Muhamad Daud, turut menyambut kehadiran tetamu yang mula hadir seawal 10.00 pagi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah bersama isteri, Datin Elsi Marlisa Abdullah.

Antara yang hadir sama ialah Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang bersama isteri, Datin Mary Sindang; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa; Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok; serta Pengerusi Majlis Daerah Limbang (MDL), Sufian Mohat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aidilfitri satukan masyarakat pelbagai kaum di Saratok
Next: Sabah berhadapan cabaran bekalan tenaga – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.